Pages

Followers

Saturday, December 8, 2012

TIP2 PENGURUSAN KEWANGAN DI RUMAH.


1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan 

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.


Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)


Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.

3. Lunaskan hutang kad kredit 

Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!


4. Mencarum dalam pelan persaraan


Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.



5. Menabung.


Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.



6. Melabur.


Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.



7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja


Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.



8. Semak liputan insurans


Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.



9. Kemas kini wasiat


Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.



10. Simpan rekod kewangan dengan baik


Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu. ~ SUMBER DARI LAMAN 3K KONSUMER ( FOMCA)

Thursday, December 6, 2012

GADGET BARU KU YANG CUKUP MEMBANTUKU...


SALAM SEMUA,

Akak cukup seronok bila ada chef memperkenalkan cooker ni pada akak. Maklumlah akak kerja..Bila dapat cooker ni terus akak buat eksperimenlah..Memang cukup senang dan mudah. On jer teruskita masak ke atasnya..Nak panggang ke, nk buat BBQ ke, nak masak nasi pun boleh, nak buat kuih pun boleh. Kalau panggang daging, akak dapat jimat masa berbanding bila panggang di atas dapur gas. Kalau guna dapur gas atau dapur arang: penyediaannya lambat..satu lagi yang tak tahan ialah asapnya...penuh rumah..tapi bila guna cooker ni, asap tak der..relak jer, panas pun tak..10 minit jer daging dah masak.

Kalau pegi hotel boleh bawak ni..boleh masak kat situ sbb dia tak der asap, cuma bau jer lah ade. kalau bawak makanan yg dh siap pun masuk hotel, ada bau jugak..betul kan. Di samping ada ciri2 keselamatan dia mudah dicuci, Cuma guna towel yg bersih terus lapkan palate yg digunakan. mudah kan?

Kalau sesiapa yang berminat bolehlan PM akak di Facebook. (http://www.facebook.com/kakjiejie) ye!.. 







                                     KUIH BINGKA PANDAN




                                                   STEAMBOAT














MASAK NASI TK BERKERAK





                                                BAKAR DAGING




                                                NI DIA 1 SET..











                                                     KUIH CARA


Sunday, September 16, 2012

UPDATE

Salam semua

Akak dah update beberapa resepi dari Group akak iaitu Group Resepi Eksperimen... bolehlah cuba resepi-resepi yang baru...kalau nak join Group REks ni.. jomlah...http://www.facebook.com/groups/resepieksperimen/?notif_t=group_r2j

 Untuk lihat semua resepi yang baru bolehlah skrol di bawah ye! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...