Pages

Followers

Thursday, April 2, 2009

AYAM BERSOS TIRAM



BAHAN-BAHAN
7 Ketul ayam
Sedikit sos tiram
garam secukup rasa
sedikit gula secukup rasa
1 keping asam gelugur
5 cawan air

Bahan Tumis
1 labu bawang besar ~diblend
5 ulas bawang putih~diblend
5 ulas bawang merah~diblend
10 batang cili kering~direndam terlebih dahulu dalam air panas sehingga lembut dan diblend
2 biji cili merah ~ dibelah dua

Cara Membuatnya
1. Tumis bahan yang diblend sehingga naik minyak dan garing.
2. Masukkan garam dan asam keping. Kacau rata.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Kemudian masukkan air, kacau rata dan biarkan sehingga ayam masak dan kuah pekat.
4. Masukkan sos tiram. Gaul rata.
5. Masukkan cili merah. Kacau dan angkat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...