Pages

Followers

Thursday, April 2, 2009

AYAM PERCIK

Ayam Percik - Fotopages.com



Bahan-bahannya

3 ketul dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam keping
sedikit bancuhan tepung jagung( untuk segera pekatkan kuah-tapi lebih sedap kuah pekat sendiri tanpa bantuan tepung jagung)
Garam secukupnya
Sedikit gula( kuah ni manis sedikit aje)

Bahan dikisar
2 inci halia
4 batang serai-dihiris halus baru dikisar.(kalau dititik pun boleh)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih.

Bahan untuk rebusan ayam
3 ulas bawang putih-dititik
1 inci halia- dihiris2
Sedikit garam
1 keping asam keping.
Air secukupnya.

Cara Membuatnya
1. Ayam direbus separuh masak dengan bahan2 rebusan dan toskan
2. Dalam kuali, masak santan, bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih.
3. Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul.
4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sehingga kuah pekat. ( Untuk cepat memekatkan kuah, masukkan sedikit bancuhan jagung.)
5. Apabila sudah cantik kuahnya( berkilat sikit) angkat dan ketepikan.

Cara Bakar
1. Ayam yang direbus separuh masak dibakar dengan api yang sederhana.
2. Balik2kan ayam dan lumur ayam dengan kuah percik tadi sehingga ayam masak dan mesra dengan kuah tadi.
3. Apabila menghidang, tuangkan sebahagian kuah ke atas ayam bakar tadi. Siap untuk dimakan.

3 comments:

  1. Assallamualaikum kak Jie jie..

    Nadz dah try resepi akak ni. Mmg best.. Tq kak..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...terima kasih Nadz sbb cuba try resepi akak..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...terima kasih Nadz sbb cuba try resepi akak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...