Pages

Followers

Sunday, April 5, 2009

IKAN MASAK SERAI



Bahan
8 ekor ikan kembung bersaiz kecil( ikan kekek, ikan selar kuning lebih sedap)
3 batang serai- diketuk
3 ulas bawang putih-dihiris/ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah-dihiris/ditumbuk kasar
1/2 labu bawang besar- dihiris
8 biji cili api-ditumbuk kasar
3 biji cili merah-dipotong 4
air secukupnya
garam secukup rasa
1 keping asam keping

Cara:
1. Sediakan periuk, masak air bersama bahan tumbuk, serai dan asam keping sehingga mendidih.
Didihkan selama 5 minit.
2. Masukkan ikan dan garam.Renehkan selama 10 minit. Angkat dan hidangkan

1 comment:

  1. Salam kenal dr sy,
    sedap masak serai ni..simple n sesuai tuk org dlm proses berdiet...hehe
    lm dah tak masak lauk ni
    igt nak watla hr nie...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...