Pages

Followers

Thursday, April 2, 2009

NASI MUTIARA HATI


 - Fotopages.com

BAHAN-BAHAN
3 Cawan beras Basmati
1/2 tin tomato pure
1/2 tin susu cair
air secukupnya( aye tak sukat airnya-sorrylah)
Pewarna hijau dan merah

Bahan Tumis
1 kiub sup tulang Knorr
1 labu bawang besar ~dihiris
4 ulas bawang putih ~ dimayang
1 1/2 inci halia ~ dimayang
3 kuntum Bunga Cengkih
1 Batang Kulit Kayu manis ~ dipatahkan jadi 2
2 kuntum Pelaga Hindi
1 kuntum Bunga Lawang
Majerin untuk menumis.( Taruk minyak sapi mungkin lagi sedap ~ aye kehabisan stok minyak sapi)

Cara Membuatnya
1. Tumis bahan2 tumis dalam Rice Cooker sehingga layu. Masukkan kiub sup tulang dan kacau rata.
2. Masukkan beras yang telah dibersihkan dan disejat terlebih dahulu. Kacau rata.
3. Masukkan susu cair dan tomato pure. Kacau rata. Kemudian masukkan air secukupnya.
4. Tutup periuk dan biarkan sehingga hampir masak.
5. Titikkan pewarna di dalam nasi dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
6. Bila dah masak, gaul2kan biar rata. Boleh dihidangkan bersama Ayam Bersos Tiram dan Sayur Campur Tau Miu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...