Pages

Followers

Saturday, May 30, 2009

KUIH KOSU






Cerita pasal kuih kosu ni, sebenarnya dah lama buat dan dah banyak kali membuatnya. Tapi dek kerana terlupa sukatannya jadi peram lah dulu.....petang tadi cuba2 buat sekali lagi. Ikut agak2 aje. okla nampaknya menjadi jugak. Kalau yang pertama akak guna tepung beras aje,jadi yang ini akak masukkan tepung jagung. Rasanya ok lah bagi akak.


KUIH KOSU

Bahan
A
1 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung jagung
1 cawan air
1 sudu besar esen vanila
secubit garam
pewarna ikut suka

B
2 cawan air mendidih
1 cawan gula. Kalau tak nak manis kurangkan gula

Topping
kelapa parut,seeloknya yang muda
sedikit garam

Cara:
1. Panaskan pengukus. Masukkan daun pandan ke dalam air pengukus
2. Satukan semua bahan A kecuali pewarna dan kacau biar sebati. Ketepikan
3. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan B dan kacau sehingga gula hancur
4. Bahagikan kepada 3 bekas. Masukkan pewarna yang disukai bagi setiap bekas.
5. Tuangkan ke dalam acuan. Kukus anggaran 15 minit atau sehingga kuih berlubang dan berkilat.
5. Biarkan sejuk baru keluarkan dari adunan. Letakkan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam di dalam lubangnya. Siap untuk dihidangkan

Akak ambik resepi ni dari mak mertua. Dia cuma cakap cara membuatnya tanpa memberi sukatan. Cuma dia mengatakan adunan tepung beras sekadar melekat nipis saja pada senduk. Kalau nampak tebal disenduk bermakna kuih akan keras. Kena masukkan air untuk nipiskan dia. Alhamdulillah bila pertama kali buat, menjadi pulakkkk.......Terima kasih Mek.

Adik2 tolong doakan agar Mek dan Mak akak sembuh dari penyakit yang diidapi mereka. Mek dimasukkan ke Hospital pada hari Khamis bersamaan 28 Mei 2009 kerana penyakit lelah dan batuk yang berterusan beberapa bulan yang lepas. Doktor mengesahkan paru-paru Mek berair dan Jantungnya sedikit bengkak. Untuk hari ini keadaan Mek stabil. Mak akak pulak masih seperti itu jugak~terbaring, tak boleh bercakap, lumpuh sebelah badan bahagian kiri. Makan masih lagi ikut tiub...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...