Pages

Followers

Sunday, May 31, 2009

Simple Chocolate Cupcakes 2


Salam kembali

Dek kerana sedap sangat dan senang sangat membuat cupcake dari Mak Lang Azie ni, jadi akak buat lagi sekali. Kali ini akak letakkan coklat masakan putih bersama slices of haw ( kepingan masam manis)dan kismis. So rasanya jadi berlainan sekali. Sama lah jugak bila akak deco guna buah strawberry tempoh hari.Cukup sedaaaapppppppppp.

Akceli masa buat cupcake ni, tak terlintas pun nak deco dan letak benda2 ni. Tapi bila selongkar dalam almari, ade lah masam manis ni ( lebihan buat ciskek asam manis: itu pun dah patah sikit, sikit kismis ( tu pun tak sama saiz, panjang pendek ) dan ade lebihan coklat masakan putih. ape lagi mula lah akak taram.....acu cuba try test, ape rasanya???. Sedaplahhhh




Akak deco tak cantik, mungkin adik2 boleh deco lagi cantik daripada niii.

Saturday, May 30, 2009

KUIH KOSU






Cerita pasal kuih kosu ni, sebenarnya dah lama buat dan dah banyak kali membuatnya. Tapi dek kerana terlupa sukatannya jadi peram lah dulu.....petang tadi cuba2 buat sekali lagi. Ikut agak2 aje. okla nampaknya menjadi jugak. Kalau yang pertama akak guna tepung beras aje,jadi yang ini akak masukkan tepung jagung. Rasanya ok lah bagi akak.


KUIH KOSU

Bahan
A
1 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung jagung
1 cawan air
1 sudu besar esen vanila
secubit garam
pewarna ikut suka

B
2 cawan air mendidih
1 cawan gula. Kalau tak nak manis kurangkan gula

Topping
kelapa parut,seeloknya yang muda
sedikit garam

Cara:
1. Panaskan pengukus. Masukkan daun pandan ke dalam air pengukus
2. Satukan semua bahan A kecuali pewarna dan kacau biar sebati. Ketepikan
3. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan B dan kacau sehingga gula hancur
4. Bahagikan kepada 3 bekas. Masukkan pewarna yang disukai bagi setiap bekas.
5. Tuangkan ke dalam acuan. Kukus anggaran 15 minit atau sehingga kuih berlubang dan berkilat.
5. Biarkan sejuk baru keluarkan dari adunan. Letakkan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam di dalam lubangnya. Siap untuk dihidangkan

Akak ambik resepi ni dari mak mertua. Dia cuma cakap cara membuatnya tanpa memberi sukatan. Cuma dia mengatakan adunan tepung beras sekadar melekat nipis saja pada senduk. Kalau nampak tebal disenduk bermakna kuih akan keras. Kena masukkan air untuk nipiskan dia. Alhamdulillah bila pertama kali buat, menjadi pulakkkk.......Terima kasih Mek.

Adik2 tolong doakan agar Mek dan Mak akak sembuh dari penyakit yang diidapi mereka. Mek dimasukkan ke Hospital pada hari Khamis bersamaan 28 Mei 2009 kerana penyakit lelah dan batuk yang berterusan beberapa bulan yang lepas. Doktor mengesahkan paru-paru Mek berair dan Jantungnya sedikit bengkak. Untuk hari ini keadaan Mek stabil. Mak akak pulak masih seperti itu jugak~terbaring, tak boleh bercakap, lumpuh sebelah badan bahagian kiri. Makan masih lagi ikut tiub...

Wednesday, May 27, 2009

JUS TIMUN BETIK MANGGA






SALAM KEMBALI

WAKTU BALIK DRI KELANTAN, AKAK SINGGAH DI GERAI TEPI JALAN. CADANGAN NAK BELI MANGGA SIKU RAJA ATAU MANGGA LEMAK. TAPI BILA PANDANG TIMUN BETIK AKAK TERUS BELI SEBIJI. SAMPAI MELAKA, AKAK CUBA BUAT JUS TIMUN BETIK BERSAMA BACANG YANG DIBERI OLEH SEORANG PENJAGA WAKTU ZIARAH RUMAHNYA. BAGI ORANG KELANTAN DIPANGGIL TIMUN BETIK KERANA BUAHNYA SEAKAN BETIK. ISINYA SEAKAN TIMUN. IA SEIRAS DENGAN HONEY DEW TAPI TEXTURENYA HALUS DAN SIKIT TAWAR. KERANA ISINYA YANG TAWAR ITU LAH AKAK BLEND JADIKAN JUS. MEMANG SEDAPPPPPP............

BAHAN
3 HIRISAN TIMUN BETIK
2 HIRISAN BUAH BACANG/QUININ/MANGGA
GULA SECUKUPNYA
SUSU
AIS

CARA
BLEND KESEMUANYA KECUALI AIS. MASUKKAN KE DALAM GELAS DAN MASUKKAN AIS. SEDIA UNTUK DIMINUM. KALAU NAK JADIKAN AIS BLENDED, BLENDKAN KESEMUANYA SEKALI.

MEMANDANGKAN TIMUN BETIK MASIH BANYAK, AKAK SIMPAN DALAM FREEZE DAN AKAK KELUARKAN. DIPOTONG, KEMUDIAN AKAK MASUKKAN GULA DAN SUSU. MAKAN TERUS. TIMUN BETIK MAKAN DENGAN GULA SEJUK2 MEMANG SEDAP. TERINGAT MASA KECIK2 DULU, MAK MEMANG SUKA TANAM TIMUN BETIK NI. JADI CARA MAKANNYA ITULAHH DENGAN GULA SAHAJA. SEJUK SAMPAI KE ANAK TEKAK. AKAK TAK PASTI SAMADA BELAH2 PANTAI BARAT NI ADE BUAH TIMUN NI DAN APE NAMA YANG DIA ORANG PANGGIL. WALLAHUA'LAM.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...