Pages

Followers

Friday, June 26, 2009

AYAM PANGGANG D LEGEND



Kita sudah semakin hampir mengakhiri bulan Rejab. Sudah sempurnakah puasa anda pada tahun lepas? sudahkah bersedia untuk menghadapi puasa ramadhan yang akan menjelang? Sebagai persediaan menyambut Bulan Ramadhan yang mubarrak, elok kiranya berbaik2 dengan Bulan Rejab dan Sya'ban dulu........berpuasa lah sunat Rejab dan Sya'ban.

Menu yang akak paparkan di sini adalah ayam panggang. Menu terhasil bila akak menginap di Hotel Legend Kuala Lumpur cuti sekolah yang lepas. Adalah bawak bahan2 asas sikit untuk masakan. Teringin nak makan ayam panggang yang ade sikit kelainan. Jadi pagi2 bergegas pegi pasar di Chow Kit. Beli ayam sekor sederhana besar.. Jadi mula lah operasi memanggang ayam. Akceli alat panggangnya tak ade, jadi akak gunakan microwave yang disediakan oleh hotel.......boleh tahannnn. Anak-anak laju jer makan, maklum lah mungkin perut lapar sebab lama dok berendam kat kolam..

MASAK DALAM PERIUK DULUUUU....


AYAM PANGGANG D LEGEND

Bahan
1 ekor ayam, dibersihkan
1 keping asam gelugor

Bahan perap
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2" halia
1/4 belacan
1 batang daun saleri
4 batang serai~ dihiris
4 biji cili merah
12 biji cili api
1 biji tomato
kesemuanya dikisar halus
gula secukupnya
garam secukupnya
santan pekat dari sebiji kelapa

Cara:
1. Satukan kesemua bahan perap di dalam periuk. Masukkan ayam dan perap selama 2 jam.
2. Setelah itu, panaskan periuk perapan ayam tadi sehingga ayam masak dan kuah pekat.
3. Angkat ayam dan grill di dalam microwave sehingga kekuningan.
4. Angkat dan hiaskan dengan kuah pekat tadi atau dicecah dengan kuah pekat tadi
p/s: kuah pekat boleh tahan untuk beberapa hari. Boleh jugak dijadikan tumis nasi kerabu.

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, June 3, 2009

KARI HITAM DAGING


Salam kembali

Masih mood daging. Nak habiskan daging dalam simpanan. Ingat akak nak masak kari yang biasa akak masak. Tapi bila tengok 1 bahan tak ade, iaitu lengkuas ( malas nak pegi korek...jenis manja..biasa hubby yang tolong korekkan lengkuas untuk akak..hihihihi )Jadi mulalah daku membuat eksperimen acu cuba try test sedap ke tak sedap...( bolehlah buat bila hubby tak ade..hihihihi )so yang paling senang akak gantikan lengkuas dengan serai......apa jadik ye! Tengah elok masak, dok fikir pulak, kalaulah akak masukkan kicap dengan kerisik ( cadang beli kerisik nak buat rendang~datang malas pulak..)ape jadikkk....ahh tawakkal aje lahhh...ahakk. Tengok gambarnya bagaimana agaknya??????? Jom layan resepinyerrrr........



Bahan
1 kg daging
1/2 cawan kicap pekat
1 paket rempah kari ( akak guna raja kari faizah )
2 sudu kerisik
1 paket santan pekat
1 keping asam keping
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
1 sudu serbuk kunyit
sedikit air
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan Kisar
7 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
10 biji cili kering
3 batang serai

Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, rempah kari+ sedikit air, serbuk kunyit dan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan sedikit air, asam keping, garam dan daging yang dihiris nipis. Kacau sebati sehingga daging separuh masak. ( biasa akak buat sampai naik minyak, tapi kali ini akak tak tunggu lama )
3. Masukkan air sekali lagi sehingga menenggelamkan daging. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan santan pekat, kacau dan biarkan daging empuk
5. Masukkan kicap, gula dan kerisik. Kacau biar sebati. Kecilkan api dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat.
6. Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi atau roti


CUBALAHHHHH.

LIDAH LEMBU CICAH


Salam kembali

Dalam minggu ni menu hidangan akak asyik daging aje. Dah makin tembam badan ni..bila timbang naik pulak 1 kg. Hu hu hu. Nak elak makan daging, hanya itu lauk yang ade. Ye tak iye masak aje lahhhh. Masak kari lah, goreng lah, bakarlah, masak asam lah..ehemm macam2 lah, sib baik anak2 tak komplen. Bukannya tak nak beli ikan ke ayam ke tapi rasanya kot membazir pulak. Waktu akak balik dari kelantan ari tu, akak singgah di gerai orang jual daging di Macang kalau akak tak silap lah..bila akak tanya penjual daging tu berapa 1 kg daging, dia cakap RM16. Wau murah betul..masih harga lama tu. Jadi akak belilah 3 kg dan 1 lidah lembu. Tu lah sebabnya asyik daging je jadi menu.

cerita fasal lidah lembu ni, ia memang faveret akak dan keluarga. Tapi ade orang tak suka kan? Akak lebih suka lidah lembu dibuat cicah. Tapi ade dulu hubby buat goreng. Sedap jugak. Tapi akak lebih prefer lidah lembu cicah. Jom layaaaannnnnnn.



Bahan:
1 ketul lidah lembu~dibersihkan
5 ulas bawang putih~dimayang
1 inci halia~dihiris
Air secukupnya
sedikit garam

Cara:
1. Di dalam periuk, satukan lidah lembu bersama bahan tadi. Masak sehingga lidah empuk.
2. Tambahkan air jika sekiranya lidah belum empuk. Bila sudah empuk, angkat dan kupas atau hiris kulit luarnya.
3. Hiris lidah nipis-nipis sehingga habis. Sudah bersedia untuk cicah.

Bahan Cicah
1 ulas bawang merah yang besar ( skrg ni ade bawang merah tapi besar )
4 ulas bawang putih
8 biji cili api, kalau nak pedas boleh tambah lagi
2 batang serai
2 biji limau nipis~ambil jusnya saja
sedikit air rebusan lidah
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara:
1. Bakar kesemua bawang sehingga layu.( bermakna kult bawang dah hitam ) bersihkan.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, cili api dan serai sehingga lumat
3. Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan air rebusan lidah, jus limau nipis, garam dan gula. Kacau sebati.
4. Siap untuk dicicahhhhhhh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...