Pages

Followers

Thursday, August 19, 2010

GULAI AYAM ALA WARUNG JIE JIE




Salam buat semua.
Cukup lama tidak masukkan resepi di sini. So kali ini akak nak masukkan resepi gulai ayam ala warung. Akak dapat resepi ni dari tuan empunya kedai nasi di Kubang Kerian Kelantan, tempat yang selalu akak beli sarapan pagi. Gulai ayamnya memang akak tak miss. Sedap betul. Tapi tuan kedai tu cuma cakap dua bahan saja iaitu rempah kari + rempah kerutup. Jadi berbekalkan dua bahan tersebut akak pun mulalah buat eksperimen. Alhamdulillah dapatlah lepaskan rindu nak makan gulai ni kerana rasanya seakan gulai tuan kedai tu. Cukup puas hati........

Gulai Ayam Ala Warung Jie Jie















Bahan
Ayam dipotong dan dibersihkan
2 biji terung- dipotong
2 biji ubi kentang- dipotong dadu
santan dari 1 biji kelapa
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit gula
3 biji pelaga
1 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 paket rempah kari
3 sudu rempah kerutup
1 keping asam gelugur

Bahan kisar
9 ulas bawang putih
9 ulas bawang merah
2 inci halia
1 inci lengkuas
7 biji cili kering

Cara
1. Tumis bunga lawang, cengkih,kayu manis dan pelaga seketika. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga sebati dengan minyak.
2. Masukkan serbuk kari dan kerutup yang sudah dicampur dengan air. Tumis hingga garing. Kecilkan api.
3. Masukkan ayam, ubi kentang dan gaul hingga rata. Tutup periuk seketika sehingga ayam separuh masak.
4. Masukkan santan, asam jawa dan kacau rata. Besarkan api. Masak hingga mendidih
5. Masukkan terung dan garam serta sedikit gula. Biarkan mendidih seketika.
6. Kemudian kecilkan api untuk selama 5 minit supaya semua bahan dan ayam sebati.
7. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...