Pages

Followers

Wednesday, May 5, 2010

AYAM PANGGANG LEMON BERSAMA KENTANG PUTAR



Hemmm...yum yum yummmyyyyyyyyy.
Memang sedappp. Tak sangka pulak dengan ramuan yang simple boleh jadikan ayam panggang ni cukup lazat. ( ikut taste akak dan keluarga la... )
Ni satu lagi eksperimen akak.....dah lama dah ni.. sampaikan dah lupa bahan2nya.
Maklumlah main teragak di akal jer......main cebur2 jer..tulah orang kata masak ni memang senang.
Rahsianya jangan tinggalkan bahan asasnya....


Bhn
1 ekor ayam. Bersihkan
2 labu bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dimayang
1 sudu kecil mixed herbs
2 sudu besar sos tiram pedas
1 kiub pati ayam
5 biji lemon - dihiris bulat
2 sudu besar madu
sedikit minyak untuk menumis
Garam secukupnya

Cara:
1. Campurkan semua bahan.
2. Tumiskan sehingga bangkit bau.
3. Masukkan ayam dan balik2an sehingga kulitnya kekuningan.
4. Angkat dan masukkan ayam ke dalam bekas. Curahkan bahan yang ditumis ke atas ayam.
5. Masukkan ke dalam oven. Bakar sehingga ayam masak.
5. Enak dimakan bersama kentang putar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...