Pages

Followers

Monday, October 11, 2010

UBI REBUS BERSAMBAL BILIS

Salam Semua

Ubi rebus tak pernah dilupakan walaupun kita berada di zaman cyber. Memang sedap kalau dimakan dengan sambal ikan bilis atau sambal sotong atau dicecah dengan budu. Ada yang masak lemak kuning.Kalau zaman akak kanak2 dulu mak cuma rebus ubi dan dimakan dengan kelapa parut campur sedikit garam. Perghh memang kenyang.

Akak masukkan resepi sambal ikan bilis ni walaupun akak tau ramai kawan2 lebih pakar membuatnya.

SAMBAL IKAN BILIS

Ikan bilis yang halus~digoreng hingga garing-boleh juga digantikan dengan sotong kering(direndam terlebih dahulu, kemudian direbus bagi lembut)

1 kiub perencah ikan bilis/2 sudu teh serbuk perencah ikan bilis

1 keping asam gelugur

garam secukup rasa

gula secukupnya.

minyak untuk menumis

sedikit air



Bahan kisar

4 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

2 labu bawang besar

15-18 biji cili kering~diblend berasingan.
Cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar kecuali cili kering sehingga garing.

2. Masukkan cili kering, dan ditumis sehingga cili kering garing.

3. Masukkan asam keping, garam, serbuk perencah ikan bilis dan gula. Gaul sebati, kecilkan api dan renehkan sebentar

4. Masukkan ikan bilis, gaul rata dan masukkan sediki air, kecilkan api dan renehkan sehingga pecah minyak/ sambal jadi mesra dengan ikan bilis. Angkat. Hidangkan segera.

Saturday, October 9, 2010

Salam Semua



PARI BAKAR TOM YAM

Potongan ikan pari segar 

1 kiub pes tom yam
3@4 helai daun limau purut~dihiris
1@2 helai daun kunyit~dihiris
garam secukup rasa
sedikit gula
limau nipis


Bahan kisar
1 1/2 in lengkuas 

1 1/2 in halia
4 batang serai
1 1/2 in kunyit
4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
 

3 biji cili merah
10 biji cili api~terpulang kepada kepedasan masing-masing
1 biji tomato masak

Cara:
1. Bersihkan ikan pari. Campurkan semua bahan kisar bersama garam. Perap ikan pari selama 30 minit atau lebih.
2. Letakkan ikan pari bersama sedikit bahan kisar ke atas daun pisang, taburkan dengan daun limau purut dan daun kunyit dan dibungkus rapi.
3. Bakar di atas api yang sederhana ( aye bakar atas dapur gas aje ). Balik-balikkan. Bila masak, angkat.
4. Curahkan pes tom yam ke atas pari bakar tersebut. Tutup semula daun pisang dan bakar sekejap untuk beberapa minit untuk mesrakan ikan dengan pes. Angkat.
5. Hidangkan segera. 





Untuk pes tomyam
1. Baki bahan perapan ditumis bersama kiub tom yam sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit gula dan perahan air limau nipis.
3. Bila dah pekat, angkat dan curahkan ke atas pari bakar tadi.
Salam Semua


Lama betul tak makan ikan tuka. Bila dapat aje terus masak. Teringin nak makan macam masa kanak-kanak dulu. Jadi aye bakar dan buat cicah macam mak buat masa kecik-kecik dulu.
Bahan cicahnya ( air asam kelantan ): 

1) cuka+sedikit air+hirisan bawang merah+bawang besar+bawang putih+hirisan cili padi+garam atau 
2) air limau nipis+garam+hirisan bawang merah+hirisan bawang besar+hirisan cili api. Tuka bakar sedap jugak kalau dicicah budu atau air asam yang simple:tomato masak+hirisan bawang besar+hirisan cili( kesemua ditumbuk kasar )+garam+gula+air limau nipis/air asam jawa. atau dicicah kicap+air limau nipis+bawang putih cincang+potongan cili api 

DAGING MASAK ASAM NANAS

DAGING MASAK ASAM NANAS
Sumber: cek de sam



Bahan-bahan:

125ml cawan minyak
1 kg daging lembu, dipotong-potong
180ml air asam diperah drpd 2 sd besar asam jawa
1 batang serai, dititik
1 cm lengkuas, dititik
3 helai daun limau purut
Garam
Gula
1 tin nanas – sliced – if nak pakai nanas segar pun boleh iaitu ½ biji nanas ( akak rebus nenas+kunyit terlebih dahulu) 

Bahan kisar:

2 biji bawang besar
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
2 sd besar belacan
10-15 cili kering – terpulang kepada masing2 nak pedas boleh tambah lagi
1 sd besar ketumbar biji – digoreng tanpa minyak ( akak guna serbuk ketumbar dan disangai)


Cara:

1.Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
2.Masukkan daging dan balik-balikkan sehingga rata.
3.Apabila daging kecut sedikit, tambah air asam,serai,lengkuas,daun limau purut, garam dan gula.
4. Masak sehingga daging empuk, kemudian masukkan nanas. Kacau rata-rata dan renihkan sehingga kuah pekat.

P/s: akak tumis semua bahan termasuk serai dan daun limau purut bersama bahan kisar

SIAKAP MASAM MANIS ASAM BOI

SALAM BUAT SEMUA



SIAKAP MASAM MANIS ASAM BOI


Bahan

1 bahagian siakap~ aye ambik bhg kepala
cili sos
tomato sos
2 biji asam boi~dibasuh dan direndam dengan sedikit air panas
garam secukup rasa
gula
2 keping potongan nenas~dipotong kecil( aye rebus+kunyit ~diperah sikit airnya)
minyak untuk menggoreng
sedikit tepung beras
sedikit kapur makan
sedikit serbuk kunyit
1 biji tomato~ dibelah 4


Bahan hiris
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 biji cili merah

Cara:
1. Ikan siakap dibersihkan dan dilumur garam kunyit.
2. Sediakan tepung beras+air kapur. Pekat seperti bancuhan goreng pisang
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali
4. Celup ikan ke dalam bancuhan tepung dan dirikan dia bila menggoreng
5. Bila ikan sudah garing angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan
6. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan sebentar bahan hiris
7. Masukkan sos tomato. sos cili, potongan nenas,asam boi bersama airnya sekali, sedikit garam dan gula . Kacau dan renehkan sebentar. Matikan api
8. Masukkan tomato. Angkat. Tuangkan ke atas ikan gorengan tadi. Siap.Untuk hiasn bolehlah diletakkan tomato yang dihiris bulat.

SIAKAP PERCIK MERAH



SIAKAP PERCIK MERAH
Bahan
1/2 bahagian ikan siakap~aye ambik bahagian ekor
RM1.00 santan pekat
1 keping asam keping
garam
gula
sedikit air

Bahan kisar
15 biji cili kering~dipotong dan direndam dengan air panas
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 batang serai ~dihiris terlebih dahulu
1 1/2 inci halia

Cara:
1. Masukkan santan pekat, sedikit air dan bahan kisar ke dalam kuali.
2. dikacau2 selalu supaya kuah tidak berketul
3. masukkan asam keping, garam dan gula dan direnehkan sebentar
4. Bila sudah pekat dan naik minyak, angkat.
5. Ikan dibersihkan dan dikelar kemudian dibakar
6. Bila ikan sudah masak, lumurkan kuah percik ke atasnya dan dibakar seketika.
7. Angkat dan curahkan kuah percik ke atas tadi. Siap untuk dimakan.

LEPAT PISANG

Salam buat semua








Lepat Pisang ( sumber : Kak Liza )

Bahan
2 cawan pisang emas/berangan/montel/ akak guna pisang kepuk ~dilecek
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung susu
2 s/b gula
garam
daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]





Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
2. Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang. Lipatkan.
3. Kukuskan selama 15 minit.
4. Sejukkan dan hidangkan.

SIAKAP KUKUS ASAM BOI

Salam Buat semua.


SIAKAP KUKUS ASAM BOI
Bahan


A
1 ekor ikan siakap ~ dibuang sirip, dikelar dan dibersihkan

1/3 sudu asam jawa( adabi )
sedikit garam
3 hirisan halia~dihiris halus
2 ulas bawang merah~dihiris
2 Ulas bawang putih~dihiris

Cara


1. Ikan yang telah dibersihkan dilumur dengan garam dan asam jawa. Biarkan seketika

2. Taburkan hirisan halia, bawang merah dan bawang putih ke atas ikan tersebut.
3. Masukkan ke dalam microwave selama 8 minit ( sehingga masak ) Kalau nak dimasukkan ke dalam kukusan lagi baik. (Ini kes peyakit 'M' dah datang le ni). Angkat.




B ( Bahan Kuah )


Bahan
3/4 biji asam boi ~dibasuh
Sedikit garam ~ secukup rasa
4 sudu sos tiram
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis



Bahan Hiris

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
2 biji cili hijau
1 pokok daun bawang
1 pokok daun sup


Bahan Sayur


3 btg jagung muda~dipotong dua
Sedikit bunga kobis
sedikit karet~dipotong memanjang
sedikit cendawan tiram
1 biji tomato~dibelah 6
1 pelepah salery~dipotong kecil

Bahan lain
 1 keping tauhu~dipotong dadu



Cara

1. Tumiskan bahan hiris kecuali daun bawang dan daun sup sehingga naik bau

2. Masukkan salery, asam boi bersama air, renehkan.
3. Masukkan sos tiram dan renehkan sekejap
4. Masukkan sayur, tauhu kecuali tomato, disudipkan sekejap dan angkat.
5. Masukkan tomato. Siap.
6. Curahkan kuah ke atas ikan yang dikukus tadi. Taburkan hirian cili merah dan hirisan daun bawang dan sup. Siap untuk dimakan.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...