Pages

Followers

Thursday, July 14, 2011

CUCUR KUCAI

SALAM SEMUA

Masa cukup cemburu dengan akak. Blog sampai penuh bersawang. Ada kesempatan sikit ni akak just nk tayang cucur kucai yang akak buat baru ni. Kebetulan kawan berikan sedikit kucai, jadi fikir punya fikir, elok kalau akak cuba try test buat cucur pulak. selalunya masak dengan telur je kucai ni....Cukup senang untuk membuatnya..ni resepi agak2 jer.. buat cucur ni cebuir2 jer senmang cuma jangan terlebih garam sudah..
CUCUR KUCAI

Bahan

1 ikat kucai - dipotong sepanjang 2" atau 3"
tepung gandum
sedikit air
1 biji telur
1 sudu makan soda bikarbonate
1 labu bawang besar - dihiris nipis
sedikit garam
sedikit maggi secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara:
Semua bahan disatukan. jadikan adunan seperti cucur biasa. Panaskan minyak. Sudukan adunan dan goreng dengan minyak yang penuh. Bila sudah kekuningan, angkat. Hidangkan dengan sos. Tapi kalau makan gitu pun sodaaap. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...