Pages

Followers

Sunday, October 2, 2011

MASAK LEMAK SOTONG BERSAMA CENDAWAN DAN SOSEJ.

Salam semua


Hari ni akak mencuba try test dan melakukan eksperimen untuk masak lemak sotong. Memandangkan sotong yang sederhana besar cuma ade 5 ekor jer maka akak terpandang cendawan. Dalam hati apa kata akak masukkan cendawan bersama sotong untuk masak lemak. Mesti best! Sewaktu memblend bahan untuk masak lemak akak terpandang 'lagi' sosej berkeju di atas meja, apa kata'lagi' kalau akak masukkan sosej ni sekali. So nanti jadi omputeh separuh melayu kelantan separuh. Bila dah siap masak, alamak... sedap jugak. Rasa sosej berkeju, rasa sotong dan cendawan yang kenyal di samping rasa kentang yang emmmph...kalau ade yang berani mencuba, cubalah resepi akak ni....

MASAK LEMAK SOTONG BERSAMA CENDAWAN DAN SOSEJ

BAHAN
5 ekor sotong dibersihkan dan dipotong bulat.
1 paket cendawan - disiat jadi dua
2 biji kentang dibuang kulit dan dipotong panjang
6~4 biji sosej berkeju dibelah 4, 2 biji dibiarkan saja
3 biji cili merah - dibelah dua
santan dari sebiji kelapa
asam keping 1 keping
garam secukup rasa

Bahan kisar
1 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
1 sudu ketumbar biji
1 1/2 inci lengkuas
6 biji cili kering
6 ulas bawang merah

Cara
1. Masak santan bersama bahan kisar, asam keping sehingga mendidih. Kacau2kan selalu supaya tidak berketul
2. Masukkan sosej, kentang, cendawan dan sotong. Kacau dan biarkan semuanya masak.
3. Masukkan garam dan kecilkan api dan biarkan selama 5 minit supaya semuanya sebati.
4. Angkat dan hidangkan.

2 comments:

  1. Assalmmualaikum k.Jie

    Kat sini tak da cendawan...kalau tidak sedap masak mcm k.jie ni. kuih sagu mkn dgn susu...boleh cuba, biasa mkn dgn santan.

    ReplyDelete
  2. Wsalam.
    mmassak ngarut jah. Dah tk dak barg buh la cendawan. Tapi ok lah rasanya. Benda mmasak ni senei jah. cukup bhn asasnya tambah sikit kreativiti jjaddi lah dia. Guano bisnes demo? suko dgr adik2 bijak buat bisnes. Akak soghe hok tak jjadi. Tk pandai nego bakali.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...