Pages

Followers

Friday, December 23, 2011

PASTA GORENG TOM YAM

Salam semua 
Seronok bila ada cuti begini terutama bila cuti umum jatuh pada hari Ahad. so Isnin dapat 1 hari lagi cuti. huhuhuhu.... so dapatlh update sikit ape yang patut.
kali ni akak nk share resepi Pasta. 
Biasanya beli sos yang dah siap. Panaskan sos tu tabur jer atas pasta. Tapi kali ni akak try goreng stail tom yam pulak. Ok juga rasanya. Ni resepinya: 


BAHAN 1 paket pasta yang besar ( direbus sehingga lembut )tos dan ketepikan 
1 Kiub tom yam minyak untuk menumis 
garam secukup rasa
3 helai daun limau purut 
Fish ball- ikut suka 
fish cake - ikut suka 
Udang segar 
Ayam - dihiris kecil2 
Daging - dihiris 
Kobis - diracik halus 
Bahan kisar 
7 ulas bawang merah 
7 ulas bawang putih 
1' halia 
3 batang serai - dihiris nipis 
7 biji cili kering 
5 tangkai cili api 
3 biji cili merah 

Cara 
1. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak. Tumis bahan kisar dan kiub tom yam hingga naik bau dan sedikit garing. 
2. Masukkan daun limau purut, sedikit air,udang segar, hirisan ayam,daging, fsh ball, fish cake dan biarkan mendidih. 
3. Bila daging empuk, masukkan kobis,kacau dan biarkan sebentar. Masukkan garam dan akhir sekali masukkan pasta.
4. Bila dah digaul sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan.Hiaslah ikut suka. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...