Pages

Followers

Monday, December 26, 2011

PETUA-PETUA

Salam semua

akak dapat beberapa petua dari rakan FB Mofabisa. Ni dia petuanya moga jadi panduan.

 1. Menghindari Lalat
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur anda seperti meja makan, kabinet serta dapur memasak, juga pada tempat-tempat lain yang anda rasakan perlu. Lalat pasti akan berkurangan.
2.  Menghilangkan kerak pada periuk

Kerak pada periuk memang susah untuk dibersihkan. Biasanya anda perlu menggosok dengan kuat dan berkali-kali agar kerak itu dapat ditanggalkan. Ambil kulit ubi kentang, kemudian rebus kulit kentang dan periuk yang ada kerak itu selama 15 minit. Setelah air rebusan itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya. Kemudian, mudahlah untuk anda membersihkan periuk tersebut.










PETUA MENJERNIHKAN MINYAK MASAK YANGTELAH DIGUNAKAN

Minyak masak yang sudah digunakan akan menjadi keruh warnanya. Untuk menjernihkannya, goreng kerak nasi di dalam minyak. Minyak itu akan menjadi jernih semula.
PETUA MELEMBUTKAN DAGING

Daging yang liat masih boleh dilembutkan dengan pelbagai cara. Sebelum anda perap atau rebus, biarkan daging setongkol untuk mengekalkan kandungan air di dalamnya. Jangan dipotong-potong atau dikerat kebahagian yang lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang air dalam jumlah yang banyak.


1. Mengikut secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk dagin
g lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan daging dan simpan selama 1 jam. Selepas itu, bersihkan daging dan bolehlah anda potong mengikut citarasa masing-masing.

2. Potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut. Setelah sejuk bolehlah dipotong mengikut kegemaran masing-masing.

3. Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan ke dalamnya. Terdapat cara lain melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang boleh didapati di sesetengah pasar raya.
Petua Membeli Limau Nipis

1. Pilih limau nipis yang baik berdasarkan kulitnya. Kulit limau yang baik berwarna hijau gelap. Kulitnya elok, tidak rosak dan keras. Jangan menekan kulit limau dengan jari kerana kulitnya nipis sahaja dan limau akan rosak.


2. Ambil sebiji limau dan tinbangkan di atas tapak tangan. Jika terasa berat bererti kandungan airnya tinggi.


3. Limau nipis yang kulitnya berwarna hijau kekuningan biasanya tidak mengandungi biji.

4. Limau nipis yang belum dipotong boleh disimpan di tempat buahan-buahan dalam suhu bilik untuk beberapa hari. Tetapi jika disimpan ditempat salad di dalam peti ais, ia boleh bertahan sehingga 3 minggu.

5. Limau nipis yang telah dipotong juga boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan membungkusnya di dalam plastik pembungkus.

Kandungan Zat Pemakanan Limau Nipis

a) Kandungan asidnya sangat tinggi. Oleh itu ia sering digunakan dalam sajian mentah seperti untuk daging dan ikan mentah.

b) Ia juga boleh menghilangkan bau hanyir ikan dan boleh digunakan sebagai bahan perasa.

c) Ia mampu membakar lemak-lemak yang boleh menurunkan berat badan seseorang. Walau bagaimanapun ia tidak sesuai untuk perkembangan mental kerana ia akan menyebabkan seseorang itu mudah lupa.









Petua Untuk Menyimpan Cendawan Lebih Lama

Cendawan yang dibeli di pasar biasanya dipaket di dalam plastik. Jika anda hanya pergi ke pasar seminggu atau 2 minggu sekali, sukar menyimpannya kerana ia mudah busuk. Oleh itu, selepas membeli cendawan keluarkan dari plastiknya dan elakkan ia terkena air. Bungkus cendawan itu dengan kertas surat khabar dan simpan di dalam peti sejuk. Jika disimpan di dalam plastik, cendawan itu akan bernafas dan mengeluarkan air dan menyebabkan ia membusuk. Jika dibalut dengan kertas akhbar, cendawan itu gagal bernafas dan ia akan tahan lebih lama iaitu kira-kira 5 hingga ke 7 hari.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...