Pages

Followers

Wednesday, December 21, 2011

STRAWBERRY CHEESE CAKE.

Salam Semua.
 Hendak memulakan sesuatu memang susah. Tambah pulak bila Internet pulak low dan lappy meragam. Dok hanging satu macam. Bila melawat blog rakan2 blogger yang lain, perasaan untuk update datang membuak-buak. Tapi bila dah ade masa sikit untuk update, mulalah mcm2 masalah yang datang. Hari ni alhamdulillah rasanya ok kot kalau akak update. Harap-harap begitulah.

Sewaktu akak balik dari kursus di Genting Highland tempoh hari, akak ada beli beberapa paket buah strawberry. Bila merasa sikit buah tu, rasanya sikit masam. Jadi akak terpikir apakata kalau akak buat kek guna buah strawbery ni. Apa rasanya ye! Biasanya kita guna jemnya sahaja atau buahnya hanya dibuat hiasan kek sahaja. Jadi, mulalah eksperimen akak. Satu akak bakar sebagai kek biasa dan satu lagi akak masukkan ke dalam acuan muffin. Ni dia resepinya:




STRAWBERY CHEESE CAKE.
Bahan
250gm mentega
1/3 cream cheese
7 biji telur saiz sederhana
1/2 cawan gula aising
1/2 cawan gula perang
1 cawan susu cair ( susu tepung + air suam )
1 paket strawberry(15-20 biji) - dihiris memanjang
1 sudu serbuk kulit kayu manis
1 sudu perisa strawberry
2 cawan tepung naik sendiri
1 biji lemon, diambil kulitnya dan diracik halus


 
Cara
1.  Pukul mentega bersama cream cheese, gula aising dan gula perang hingga kembang.
2.  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan dipukul hingga rata.
3.  Masukkan susu dan tepung secara selangseli.
4.  Masukkan kulit lemon,serbuk kulit kayu manis dan buah strawberry. Kaubbalikkan sehingga rata.
5.  Masukkan ke dalam acuan kek. Bakar 170 C selama 30 minit
6. Untuk acuan muffin, masukkan 3/4 adunan ke dalamnya dan bakar 170 C selama 15-20 minit.

Untuk topping
1 buku cream cheese
3/4 cawan gula perang ( ni kes gula aising sudah kehabisan )
1 sudu besar Esen Vanila

Cara:
Pukul creem cheese bersama gula perang dan esen vanila hingga kembang dan lembut. 
Sapukan ke atas kek dan hiasla ikut suka
selamat mencuba






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...