Pages

Followers

Thursday, July 21, 2011

MASAK BIASA-BIASA AJE

Salam semua,

Akak upload lagi masakan lama akak...Masak simple2 saja... Ikan Masak Serai.Lauk ni kalau makan dengan nasi panas-panas, ada ulam sikit, budu memang menambah-nambah makannya....laju jer tanpa sedar habis 2 pinggan. Kih kih kih kih......

Yang ni pulak Ikan Bawal 4 Rasa. Masuk semua, cili sos, tomato sos, tiram sos dan asam boi. Memang sedap... ada masam2 manis lain sikit dengan ikan masam manis.........

Akak cadangkan bagi yang sibuk macam akak ni, kalau tak sempat nak masak, cukuplah masak ikan dengan serai ni... cebur aje..Sama jugak dengan ikan 4 rasa ni..memang cepat dan lazat. Boleh kombain dua menu ni untuk hidangan berbuka atau bersahur. Pasti menjilat jari....yum yum yummmy. Biasa2 tapi sedap

Thursday, July 14, 2011

CUCUR KUCAI

SALAM SEMUA

Masa cukup cemburu dengan akak. Blog sampai penuh bersawang. Ada kesempatan sikit ni akak just nk tayang cucur kucai yang akak buat baru ni. Kebetulan kawan berikan sedikit kucai, jadi fikir punya fikir, elok kalau akak cuba try test buat cucur pulak. selalunya masak dengan telur je kucai ni....Cukup senang untuk membuatnya..ni resepi agak2 jer.. buat cucur ni cebuir2 jer senmang cuma jangan terlebih garam sudah..
CUCUR KUCAI

Bahan

1 ikat kucai - dipotong sepanjang 2" atau 3"
tepung gandum
sedikit air
1 biji telur
1 sudu makan soda bikarbonate
1 labu bawang besar - dihiris nipis
sedikit garam
sedikit maggi secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara:
Semua bahan disatukan. jadikan adunan seperti cucur biasa. Panaskan minyak. Sudukan adunan dan goreng dengan minyak yang penuh. Bila sudah kekuningan, angkat. Hidangkan dengan sos. Tapi kalau makan gitu pun sodaaap. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...