Pages

Followers

Wednesday, March 7, 2012

AYAM PANGGANG

Salam Semua,
Muhamad Khair Hasan
( Group Resepi Eksperimen ) 
Ini resepi Ayam Panggang

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong empat (4)
... Minyak zaiton

Untuk paste
3 sudu besar bawang besar dikisar
2 sudu besar bawang putih dikisar
1 sudu besar halia dikisar
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam
Sos tomato, sos cili dan sos plum
Garam

Hiasan
1 biji kentang
4 inci lobak merah dibelah
1 biji bawang besar dibelah empat
1 batang seleri dipotong sepanjang 2 inci

Langkah-langkah

1. Lumurkan paste keseluruh bahagian ayam.
2. Ayam yang telah dilumur disusun dalam bekas untuk dipanggang.
3. Masukkan bahan hiasan dalam bekas dan direnjis minyak zaiton.
4. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama lebih kurang 30 minit.
5. Keluarkan dari ketuhar dan angkat ayam yang telah masak. Bahan hiasan diasingkan dan dicurah sos yang terhasil semasa memanggang ayam.
6. Sedap dimakan dengan nasi ayam kukus.

Read more: http://cooking-engineer.blogspot.com/search/label/CHICKEN#ixzz1oM1kNW00

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...