Pages

Followers

Tuesday, March 6, 2012

AYAM PENYEK



Salam Semua,


Resepi Ayam Penyet - Muhd Khair Hassan ( Group REks ) Tq.
Doc by Penyu Lawa.

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong 8 bahagian
1 ulas bawang besar dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
2 cm halia dikisar kasar
2 cm lengkuas dikisar kasar
1 batang serai dikisar kasar
½ kuntum bunga kantan dikisar kasar
2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu keci lada hitam dikisar kasar
1 potongan lemon
Garam
Gula
Minyak zaiton
Minyak menggoreng *

Langkah-langkah
1. Ayam direbus dan diasingkan air rebusan. Air rebusan dijadikan sup untuk dimakan bersama nasi dan ayam penyet.
2. Semua bahan-bahan di atas dicampur sehingga sebati kecuali yang bertanda * didalam bekas yang sesuai untuk memerap.
3. Masukkan ayam ke dalam bekas yang diisi bahan perapan.
4. Gaul ayam sehingga sebati. Perapkan selama sekurang-kurang 30 minit.
5. Panaskan minyak menggoreng dan goreng ayam yang telah diperap dengan api kecil.
6. Setelah ayam garing angkat dan siap untuk dimakan bersama sambal. Sebelum dihidang ketukkan sedikit untuk memenyetkan ayam.

Cobalah!!!

 Ini Resepi Sambal Ayam Penyet

Bahan-bahan

5 batang cili merah - dipatahkan
5 batang cili padi (kalau nak pedas lebihkan)
2 cm belacan (saya guna blacan Pulau Aman)
50 gm ikan bilis (Udang kering pun boleh diguna)
1 ulas bawang besar - dipotong
2 ulas bawang putih - dipotong
Minyak zaiton

1 potongan lemon atau sebiji limau nipis
Gula

Langkah-langkah

Panaskan minyak zaiton, gorengkan ikan bilis biar agak garing, ketepikan.
Masukkan cili merah, cili padi, bawang besar, bawang putih dan belacan. Gorengkan seketika sehingga agak layu.
Masukan semua bahan yang telah digoreng kedalam lesung dan tumbuk sehingga lumat tetapi kasar. Masukkan gula secukup rasa.
Perahkan lemon/limau nipis. Siap untuk dihidang bersama ayam penyet.
Selamat Mencoba.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...