Pages

Followers

Saturday, March 10, 2012

GRILL LAMB

Salam semua.
Hari nie buat Grill Lamb dengan sos lada hitam dengan gravy.      
Muhamad Khair Hasan
     
    • Kalau nak buat ini resepnya Grill Lamb


      Bahan-bahan


      3 kambing bahagian bahu
      1 sudu bawang kisar
      1 sudu bawang putih kisar
      1 sudu halia kisar
      1 sudu makan cili menyerpih (chili flakes)
      ¼ sudu kecil serbuk ketumbar
      ¼ sudu kecil serbuk jintan putih
      ¼ sudu kecil serbuk jintan manis
      1 sudu besar madu
      1 sudu besar sos tomato
      1 sudu besar cili sos
      1 sudu besar sos masam manis
      1 hirisan lemon diperah ambil jus
      Lada hitam dikisar kasar
      Garam
      1 sudu minyak Zaitun
      Minyak untuk mengoreng

      Cadangan sayuran yang dipanggang bersama daging kambing.
      Kentang dipotong wedges
      Lobak dipotong menyerong
      Bawang di belah empat
      Capsicum dipotong memanjang

      Langkah-langkah

      1. Campur semua bahan dan perapkan dengan daging kambing selama 1 jam.
      2. Susun daging yang diperap di atas dulang pembakar. Susun sayur-sayur yang digunakan diantara susunan daging kambing.
      3. Masukkan dulang ke dalam ketuhar pada suhu 250 darjah Celsius selama 45 minit hingga 1 jam.
      4. Setelah masak, dihidang dengan sayuran dan sos yang dipanggang serta sos lada hitam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...