Pages

Followers

Monday, March 12, 2012

KARI AYAM VERSI KAK JIE JIE

  • KARI AYAM VERSI KAK JIE JIE
    Bahan
    Ayam dipotong kecil
    3 biji ubi kentang-potong ikut suka
    santan
    minyak untuk menumis
    asam jawa secukupnya: akak guna asam jawa adabi-1 sudu besar
    rempah 4 sekawan
    1 paket rempah kari daging Mak siti( first time cuba)
    gula ikut rasa.

    Bahan kisar
    8 ulas bwg putih
    6 ulas bawang merah
    13 tangkai cili kering
    1in lengkuas
    1in halia
    1in kunyit-akak guna serbuk kunyit 1 sudu besar

    Cara:
    1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan.
    2. Masukkan bahan kisar tumis dan rempah kari hingga sikit garing.
    3. Masukkan sedikit air, kacau sebati. Kemudian masukkan potongan ayam. Gaul ayam dan bahan tumis biar sekata.Tutup periuk. Biarkan seketika anggaran 5 minit dengan api sederhana
    4. Masukkan santan, garam, ubi kentang dan air asam jawa. Biarkan mendidih dan kacau seketika.
    5. Bila kuah mendidih masukkan sedikit gula.
    6. Perlahankan api dan renihkan selama 5-10minit. Terpulang setakat mana kepekatan yg kita nak..Angkat.
    Selamat Mencuba...sedap seakan2 dimasukkan kerisik bila rasa kuahnya..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...