Pages

Followers

Tuesday, March 6, 2012

KARI IKAN SEBELAH

Mesra Selera http://rohaisha.blogspot.com/2012/03/kari-ikan-sebelah.html

KARI IKAN SEBELAH
Resepi: rohah_rohaisha


Bahan-bahan:                              
850gm ikan sebelah | siap potong
4 ulas bawang merah | tumbuk
4 ulas bawang putih | tumbuk
2 inci halia | tumbuk
2 inci kunyit hidup | tumbuk          
5 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar jintan manis | tumbuk
1 sudu besar jintan putih | tumbuk                
1/2 sudu kecil halba

2 kuntum bunga lawang
1/2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1/2 cawan susu sejat
1 biji tomato | belah 4
2 cawan air bancuhan asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga layu.Setelah itu dimasukkan pula bunga lawang, kulit kayu manis, biji pelaga, halba beserta serbuk cili dan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.Kacau sehingga naik minyak.
2.Masukkan susu sejat dan ikan.Biarkan seketika.Apabila telah mereneh masukkan pula bancuhan air asam jawa.Masukkan juga sedikit gula dag garam secukup rasa.Apabila telah mendidih dan ikan kelihatan masak, masukkan belahan tomato, gaul sebentar dan matikan api.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...