Pages

Followers

Sunday, March 4, 2012

KARI TULANG BERSAMA PERUT DAN BELIMBING.

Salam Semua

Ini satu lagi eksperimen masakan akak. KARI TULANG BERSAMA PERUT DAN BELIMBING.


Bahan

Tulang Lembu

Perut muda

Santan dari 1 biji kelapa

belimbing buluh

kentang

asam keping

1 kulit kayu manis

1 bunga lawang

4 kuntum bunga cengkih

3 kuntum pelaga

2 sudu Rempah Raja kari Faiza

minyak

garam

gula


Bahan kisar

5 ulas bwg merah

6 ulas bwg putih

1 1/2 in halia

10 biji cili kering

1 sudu kunyit serbuk


Cara:

1. Rebus tulang + sedikit garam berasingan dengan perut. Perut direbus dengan hirisan bwg putih dan garam. Rebus kedua2nya secara berasingan sehingga empuk

2. Dalam bekas yg lain, tumiskan kulit kayu mnis, bunga lawang,bunga cengkih, pelaga dan bahan kisar, rempah kari sehingga pecah minyak. Kemudian tuangkan ke dalam rebusan tulang. Masukkan santan kacau rata.

3. Masukkan perut yg direbus tadi. Biarkan kuah sebati. Kemudian masukkan asam keping dan belimbing buluh+kentang.

4. Rasai garam dan gula. Renehkan selama 10 minit dengan api perlahan sehingga kuah sedikit pekat. Angkat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...