Pages

Followers

Monday, March 12, 2012

KEK BATIK ARORA

Salam Semua,
 
Resepi kek yang tengah meletup dan famous sekarang ni...
 
( group REks FB )
KEK BATIK ARORA
Bahan-bahan
250 gram mentega
100 gram gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis
6 biji telur Gred A
1 sudu teh ovallet
250 gram tepung gandum*
2 sudu teh baking powder*
5 jenis pewarna
5 jenis perisa

Cara membuatnya
Ayak bahan-bahan bertanda* dan ketepikan
Pukul mentega,ovallet dan gula kastor sehingga kembang dan memutih
Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul adunan sehingga sebati
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis
Matikan mixer
Masukkan tepung gandum dan baking powder yg telah diayak tadi dan kaup balik hingga rata dan sebati
Bahagi adunan kepada 5 bahagian
Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan pewarna yang disukai
Gaul adunan hingga rata
Griskan loyang dengan butter dan alas baking paper
Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
Setiap tompokan 1 senduk
Masukkan dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 45 minit atau 1 jam/sehingga masak,suhu 180'c,api atas bawah(bergantung pd kapasiti oven masing2)
Sejukkan sebelum dipotong

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...