Pages

Followers

Tuesday, March 6, 2012

KUAH PECAL

 Salam Semua

Ini Resipi Kuah Pecal dan sayuran dari

Muhammad Khair Hasan ( Group Resepi Eksperimen FB )

Bahan-bahan

3 cawan kacang tanah
Ini Resipi Kuah Pecal dan sayuran

Bahan-bahan

3 cawan kacang tanah
50 gm ikan bilis
2 ulas bawang besar dimayang
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm halia
1 cm belacan
5 biji cili padi (kalau nak pedas tambah)
2 sudu besar cili kisar
Air asam jawa
Garam
Gula melaka
 

Daun limau purut - 1 helai
 
50 gm ikan bilis
2 ulas bawang besar dimayang
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm halia
1 cm belacan
5 biji cili padi (kalau nak pedas tambah)
2 sudu besar cili kisar
Air asam jawa
Garam
Gula melaka
Daun limau purut - 1 helai


Langkah-langkah

1. Kacang tanah digoreng dan ketepikan.
2. Ikan bilis digoreng dan ketepikan.
3. Bawang merah, bawang besar, bawang putih, cili padi, daun limau purut dan belacan digoreng dan ketepikan.
4. Kisarkan semua bahan yang digoreng, halia, lengkuas dan serai.
5. Cili kisar ditumis sehingga naik bau. Masukkan semua bahan dikisar dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan air asam jawa dan teruskan mengacau. Masukkan garam dan gula melaka secukup rasa. Setelah mendidih dan biarkan sedikit pekat dan sedia untuk dihidang.

Kalau menggunakan kuah segera.
1. Cairkan kuah tersebut dengan air panas.
2. Tumiskan cili kisar sehingga naik bau. Masukan kuah kacang yang dicairkan.
3. Perisakan dengan garam dan gula melaka. Kacau sehingga mendidih dan sedia untuk dihidang bersama-sama sayuran.

Cadangan hidangan dengan kuah pecal. (Boleh ditambah apa saja yang disukai)

1. Tempe dipotong kiub dan digoreng.
2. Tauhu digoreng dan dipotong kiub.
3. Kangkung diambil daun dicelur.
4. Kacang panjang dipotong satu inci dicelur.
5. Sengkuang dipotong kecil memanjang
6. Timun dipotong kecil memanjang.
7. Taugeh dimakan mentah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...