Pages

Followers

Sunday, March 11, 2012

PUDING MARBLE COKLAT MANGGA

Salam semua,
 
Masakan yang kreatif dari
( Group REks FB )
PUDING MARBLE COKLAT MANGGA
Resepi asal: Inspirasi dari PUDING MARBLE COKLAT
:Zanifah (majalah SAJI)
Olahan Oleh: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
Bahan A:
5gm serbuk agar-agar
400ml air
100ml susu cair
5 sudu besar milo
2 sudu besar serbuk koko
1/3 cawan gula pasir (70gm)

Cara menyediakan:
1.Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga mendidih.
2.Perlahankan api dan masukkan susu.Renehkan sebentar dan pastikan ianya tidak sampai mendidih.Masukkan pula serbuk milo dan koko, kacau rata dan tidak bergentel.
2.Tapiskan adunan puding ke dalam bekas lain terlebih dahulu kemudian barulah tuang ke alam acuan yang digemari.(Pastikan acuan telah disengetkan kedudukannya untuk membentuk corak marble yang disukai).Biarkan sejuk baru dimasukkan adunan mangga pula.

Bahan B:
5gm serbuk agar-agar
400ml air100ml susu
1/2 cawan mangga kisar (mangga ranum)
1/5 cawan gula pasir (40gm)
Sedikit pewarna oren

Cara menyediakan:
1.Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga mendidih.
2.Perlahankan api dan masukkan susu.Renehkan sebentar dan pastikan ianya tidak sampai mendidih.Masukkan pula puri mangga, kacau rata.
3.Pusing/alih kedudukan acuan yang telah berisi adunan coklat tadi untuk mendapatkan marble seterusnya.
3.Lapiskan / tuang adunan puding mangga ini ke dalam acuan.Buat step yang sama/ ulangi melapis antara kedua adunan tersebut secara berselang seli sehingga selesai.

1 comment:

  1. Salam daripada Kak Noor. Mesti rasa fruity puding ni kan sebab ada mangga. Kak Noor pernah buat puding biasa sahaja. Next time bolehlah kak noor cuba resepi ni. Kak Noor peminat puding. Nak tambah koleksi puding. Dah follow.... kalau senang jengok-jengoklah sajian dapur bonda.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...