Pages

Followers

Monday, April 9, 2012

AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS


Ayam bakar ala kenny rogers....masak utk hidangan tetamu sabtu baru ni.ayam bakar ni nak lagi sedap, sapu perapan yg lebih dari tray ayam bakar atasnya.
resepinya;
Bahan2 untuk (8-10 orang)
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)- bakar 4 chicken leg/paha
Bahan-2 untuk make up ayam
3 biji bawang besar - letak 2 biji bwg shj
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - boleh ganti dgn sos tiram+lada hitam lada hitam serbuk/tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-Cara
Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, boleh gunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
kredit to Sharmila Sulaiman yg kongsi resepi ni di MYR.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...