Pages

Followers

Wednesday, April 11, 2012

AYAM MASAK MERAH


‎10/4/2012
(Gambar yg tertera adalah dari versi 1)
AYAM MASAK MERAH versi 1 - Cara sy Rohana Sulaiman

Bahan
1 ekor ayam - potong ikut suka
1 genggam cili kering *
3 bj bwg besar *
3 ulas bwg puteh *
1 inci kunyit hidup *
4 bj buah keras *
1 btg kayu manis
3 kelopak bunga lawang
3 bj buah pelaga - ketuk
2 btg serai - dititek
2 helai daun pandan
1 tin yg kecil tomato puree (4 sdm)
garam
gula

Cara2 nya
Bahan2 yg bertanda * di kisar halus.

Ayam di lumur dng garam dan kunyit lalu di goreng saparuh masak.

Tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian masukkan serai.. dan daun pandan. Bila naik bau baru masukkan bahan2 kisar tadi.... tumis hingga garing.

Bila sudah garing masukkan air dan tomato puree ...... biarkan mendidih baru masukkan ayam....garam dan gula ikut cita rasa... masak hingga pekat sikit tak perlu pekat sangat.


AYAM MASAK MERAH versi 2 - Cara sy Rohana Sulaiman

Bahan
1 ekor ayam - potong ikut suka
1 genggam cili kering *
3 bj bwg besar *
3 ulas bwg puteh *
1 inci kunyit hidup *
4 bj buah keras *
1 btg kayu manis
3 kelopak bunga lawang
3 bj buah pelaga - ketuk
2 btg serai - dititek
2 helai daun pandan
1 tin yg kecil tomato puree (4 sdm)
sadikit kacang tanah
1/2 sdt serbuk ketumbar
1/4 sdt serbuk jintan halus
1/4 sdt serbuk jintan kasar
3 sdm kacang tanah kisar
garam
gula
hirisan daun ketumbar utk di tabur di atas sambal

Cara2 nya
Bahan2 yg bertanda * di kisar halus.

Ayam di lumur dng garam dan kunyit lalu di goreng saparuh masak.

Tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian masukkan serai.. dan daun pandan. Bila naik bau baru masukkan bahan2 kisar tadi.... tumis hingga garing.... kemudian masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan.. tumis lagi...

Bila sudah garing masukkan air dan tomato puree ...... biarkan mendidih baru masukkan ayam....garam dan gula ikut cita rasa...masukkan kacang kisar. Masakkan ini tak perlu pekat sangat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...