Pages

Followers

Wednesday, April 4, 2012

BANANA CARAMEL POUNDCAKE


BANANA CARAMEL POUNDCAKE
Bahan-bahan
BAHAN UNTUK KARAMEL
3 hingga 4 biji pisang(disyorkan pisang emas)
30 gram gula pasir
1 sudu besar air
2 sudu kecil air

BAHAN UNTUK KEK
120 gram tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
(Satukan bahan bertanda* dan ayak)
90 gram gula pasir
50 ml minyak masak
2 biji telur Gred A

Cara membuatnya
UNTUK KARAMEL
Potong pisang bulat2(macam nak buat kerepek tu,tp jgn terlalu nipis atau tebal,sedang2 ok)
Masukkan gula pasir dan 1 sudu besar air ke dalam loyang
Panaskan di atas dapur sehingga gula cair dan bertukar perang(jangan sampai hangus nanti karamel pahit)
Padamkan api,dengan perlahan2 tambahkan 2 sudu kecil air dan pisang yg telah dipotong,gaul sebati,ketepikan

UNTUK KEK
Masukkan telur,gula pasir dan minyak masak ke dalam mangkuk(kalo guna mangkuk yg besi/stainless steel lg ok)
Pukul sedikit,guna whisk je
Panaskan air di dalam kuali,bila air dah panas,letakkan mangkuk tadi,kacau sehingga gula cair(kaedah double boil la ni)
Tutup api,keluarkan mangkuk tadi,masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak tadi dan gaul sebati
Ambil karamel yg dah sejuk tadi dan tuang ke dalam mangkuk berisi tepung
Kacau dengan perlahan
Ambil loyang/acuan poundcake lapik baking paper dan gris sekeliling
Tuang adunan tadi dan bakar selama 35 minit atau sehingga masak,suhu 180'c,api atas bawah(bergantung pada kapasiti oven masing2)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...