Pages

Followers

Thursday, April 19, 2012

BINGKA SUJI WARISAN


http://rohaisha.blogspot.com/2012/04/bingka-suji-warisan.html
BINGKA SUJI WARISAN
Sumber:Che Mat Gebu

Bahan-bahannya:
150gm suji @ semolina
140gm gula halus
125gm susu cair carnation
100gm susu pekat manis
80gm tepung gandum
575ml air
1 camca teh pewarna makanan lemon yellow
3 biji telur gred B (saya guna 2 biji telur )
1/4 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
125gm mentega
Bijan untuk ditabur

Cara membuatnya:
1.Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius, lenser tin 4 segi berukuran 8"x8"x3" dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, biar lebih sedikit pada bahagian kiri dan kanan tin, tujuan agar senang mengalihkan kuih bila masak nanti.Lenser juga aluminium foil tadi.Ketepikan. (Saya hanya lenserkan loyang dengan butter)
2.Dalam satu bekas, masukkan telur, garam dan gula halus, kacau rata hingga gula hancur.Tuang susu pekat manis dan suji @ semolina, kacau hingga semua rata.Tuang susu cair, air dan tambah pewarna lemon yellow.Kacau hingga sebati.Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau guna whisk hingga rata dan tidak berbintil2.
3.Tuang dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api kecil, terus mengacau hingga adunan kelihatan pekat.Padamkan api.Masukkan mentega dan esen vanila.Terus mengacau hingga mentega cair dan sebati dengan bancuhan tadi.
4.Tuang dalam tin, ratakan dan tabur bijan rata-rata atasnya.Kalau nak tabur sedikit bijan hitam macam Mat buat tu pun boleh.Bakar selama 45-50 minit.Kemudian bakar 5-7minit lagi, tapi guna api grill sahaja untuk memerangkan sedikit permukaan bingka suji tadi.Biar kuih betul-betul sejuk, baru potong dan hidangkan.
 — with Ieyda Farieyda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...