Pages

Followers

Monday, April 9, 2012

CARROT CAKE


CARROT CAKE yg lembut dan lembap.. Mmg best!
http://ovenkecil.blogspot.com/2012/04/carrot-cake-kek-lobak-merah.html
Asal resepi dari http://www.myresipi.com/top/detail/4464

Bahan-bahan :
2 1/2 cawan parutan carrot (Naz letak 3 cawan parutan carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (Naz cuma guna 1/2 sudu teh)
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg) (Naz cuma guna 1/2 sudu teh)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang (Naz gantikan dengan raisin)
Cara menyediakan :
Panaskan oven pada suhu 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
Ayak bersama tepung gandum, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan juga garam. Ketepikan.
Pukul telur dan gula hingga sebati (tak perlu guna mixer elektrik, guna senduk kayu atau ballon whisk jer sebab tak perlu pukul lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
Masukkan esen vanilla, parutan carrot dan kekacang. Gaul sebati dan tuang ke dalam tin kek.
Bakar selama 40 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing-masing dan juga saiz loyang yang digunakan. Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek telah masak sepenuhnya atau tidak.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...