Pages

Followers

Thursday, April 19, 2012

DAGING MASAK MERAH


DAGING MASAK MERAH

Bahan-bahan :
500 gm daging
Sedikit pewarna merah
Sedikit air rebusan daging sekiranya suka
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili thai atau sos pencicah
2 inci halia - hiris halus
1 batang serai - diketuk
4 helai daun limau purut
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - diketuk
5 biji cili padi - diketuk (boleh diganti dengan cili merah atau hijau yang dihiris)
Minyak masak
Garam

Cara penyediaan :
Bersihkan daging dan buang lemak-lemak yang jelas kelihatan. Cuci bersih dan kemudian lumurkan daging dengan 1-2 sudu besar tepung gandum dan perap selama 10 minit untuk menghilangkan hanyir daging. Kemudian cuci bersih.
Rebus daging sehingga empuk di dalam air yang dititiskan pewarna merah. Setelah empuk, toskan daging. Hiris daging nipis-nipis.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali untuk menumis. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan juga serai. Biar hingga semua bahan layu.
Masukkan semua sos yang digunakan. Kacau rata. (Bab sos ni, kuantitinya boleh jer nak adjust ikut kesukaan sendiri).
Masukkan daging yang telah dihiris tadi bersama cili padi ketuk dan juga daun limau purut. Masukkan sedikit air rebusan daging sekiranya suka lauk yang sedikit basah.
Gaul rata dan biar seketika di atas api dapur. Rasakan garamnya. Tutup api dan boleh dihidangkan dengan taburan daun ketumbar sekiranya suka.
SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...