Pages

Followers

Wednesday, April 11, 2012

Egg Beancurd with carrots & mushroom


Egg Beancurd with carrots & mushroom. Taufu Telur & lobak merah & cendawan. Bon Appetit.

Bahan2nya
3 paket tube Tauhu Telur, di hiris2 1/2inch tebal
10 ekor udang segar, di buangkan hujung kepala nya
1 batang lobak merah, dihiris serong2
1 tin cendawan butang, dihiris
2/3 biji telur, dipukul dan di tepikan
5 helai daun bawang, dihiris2 untuk khiasan
1 biji bawang besar dipotong dadu atau blend
2 ulas bawang putih di tumbuk halus bersama
1/2 inch halia ditumbuk halus
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh sos ikan
1/4 sudu teh minyak bijan
Minyak masak untuk mengoreng tauhu dan menumis

Cara2nya
Panaskan minyak secukup untuk mengoreng tauhu telur yang di hiris2. Goreng 3/4 masak dan di toskan. Di periok
lain, panaskan minyak dan gorengkan bawang besar, halia bawang putih, bila bawang nya mula lembut, masukan lobak merah, sedikit air, 1/2 cawan dan cendawan hiris. Letak sos tiram dan sos ikan sedikit. Rasakan kuah nya. Bila lobak merah nya 1/2 masak, masukan udang hidup, rasa kuahnya lagi. Letakan garam jika perlu. Tutup apinya. Dikuali yang agak besar dan rata, letakan panaskan minyak sedikit, tuangkan telur dadarnya bersama sedikit garam, bila telurnya 3/4 masak letakan, sayuran goreng dan tauhu lembut tadi. taburkan daun bawang hiris dan tutup sebentar kualinya. Matikan api telurnya. Kalau ada hot plate, panaskan ia dahulu kemudian letakan telur dadar dan kemudian sayur2 bersama tauhu nya. Seperti di restaurant.

Sajikan panas2 bersama nasi putih dan juadah lain2, seperti wanton goreng, ikan goreng sambal, ikan 3 rasa dan sayur kailan sos tiram goreng. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...