Pages

Followers

Thursday, April 19, 2012

IKAN 3 RASA


Ikan 3 rasa buat hidangan tetamu
http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/04/ikan-3-rasa-ulam-gargil.html
Bahan2
1 ekor ikan siakap/bawal/merah
1 sb cili kering kisar/1 sb cili boh
5 ulas bawang merah-mayang
3 bawang putih-mayang
2 inci halia-hiris tipis
2 btg serai-hiris serong tipis
3 helai daun limau purut-koyakkan sikit
3 biji cili padi/ 2 biji cili merah hiris nipis
1 biji tomato-potong dadu
2 sb sos tiram*
4 sb sos manis cili thai*
2 sb sos ikan
2 sb sos tomato
3 potong nenas - potong dadu (boleh guna nenas dlm tin)
1 btg timun - potong dadu
Sedikit daun ketumbar - utk masuk dlm kuah dan hiasan- pilihan
1 sudu besar tepung jagung- campur dg 1 cwn air
serbuk kunyit, garam, gula ,Minyak

Cara
1. Ikan yg dah bersih dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili kisar/boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga masak spt biasa.
2.Tumis bawang, halia dan serai dan cili hiris hingga berbau wangi
3. Masukkan sos tiram,sos ikan, sos tomato dan sos cili thai, kacau sebati
4. Masukkan daun limau purut, tomato, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.kacau biar mesra dan rasakan dan biarkan seketika.tambah bahan sos* dan air jika perlu.
5. Masukkan daun ketumbar,nenas dan timun. kacau sekejap .
6.Perlahankan api, masukkan ikan dlm kuali, balikkan ikan.sekejap saja utk bagi bahan2 sos meresap dlm ikan dan ikan lembut.Angkat ikan.
7. Tuangkan sos keatas ikan dan hias dgn daun ketumbar jika suka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...