Pages

Followers

Wednesday, April 4, 2012

IKAN KUKUS

Muhamad Khair Hasan 
Ini resepi Ikan Kukus

Bahan-bahan

1 ekor ikan saiz sederhana (saya guna ikan siakap)
Tepong gandum untuk melumur ikan bagi membuang hanyir
3 inci halia muda - dipotong memanjang
Daun sop – dipotong 1 inci panjang
Daun ketumbar – dipotong 1 inci panjang
Daun bawang – dipotong 1 inci panjang
5 batang cili padi dipotong kecil
1 sudu teh kisaran bawang putih
1 sudu teh kisaran halia
1 kuntum bunga kantan
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
3 biji asam boi
½ sudu serbuk kasar lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
½ sudu teh sos ikan
½ biji lemon
1 batang serai dititik
½ batang lobak merah – dipotong memanjang
Garam
Gula
2 helai daun limau purut
1 sudu besar serbuk cili
Minyak zaiton

Langkah-langkah

1. Ikan disiang dan dibelah dua. Lumurkan tepong gandum untuk menghilangkan bau hanyir. Kelar badan ikan. Bilas lumuran tepung.
2. Taburkan halia muda, bawang besar, daun sop, daun bawang, daun ketumbar, kisaran bawang putih dan kisaran halia ke bahagian dalam ikan.
3. Masukkan dalam bekas untuk mengukus.
4. Taburkan daun-daun (sop, bawang, ketumbar), bunga kantan, halia muda, bawang besar dan serai ke atas badan ikan.
5. Taburkan garam, lada hitam, cili padi dan serbuk cili.
6. Perahkan lemon dan masukkan lobak merah, asam boi dan sedikit air.
7. Siramkan sedikit minyak zaiton. Masukkan ke dalam kukus. Kukus selama 7 hingga 10 minit.
8. Keluarkan, siap untuk dihidang bersama nasi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...