Pages

Followers

Thursday, April 19, 2012

Jepun Mee Udon Goreng Basah.


Jepun Mee Udon Goreng Basah...
rasanya semua tau cara masak mee..saja je su letak gak resepi untuk rujukan ye..

Bahan2..
Sebungkus mee udon jepun (tesco mari da)
udang sederhana besar 10 ekor
daging lembu dihiris nipis semangkuk kecil
fishball 10 biji dibelah dua
buah tomato 1 biji-dipotong dadu
sayur sawi jepun 3 batang-dipotong2
sedikit sos cili
sedikit kicap mee-jenama tamin
sedikit sos tiram
perasa
hirisan cili hidup@cilipadi
3 biji limau nipis

bahan kisar.
cili kering 10 tangkai
bawang besar 1biji
bawang putih 1 ulas

bahan tumis..ditumbuk @ dipotong nipis2
bawang besar 1 biji
bawang putih 2 ulas

caranya...
rebuskan sekejap mee udon dlm air mndidih..toskan..ketepikan..
panaskan minyak dlm kuali..masukkan bahan tumis sampai naik bau..masukkan daging yg diletak sedikit serbuk kunyit..goreng hingga daging hampir masak..masukkan bahan kisar..tumis sampai cili masak..masukkan tomato dadu..tumis lagi..masukkan sos cili..kicap mee dan sos tiram..dan biarkan sebati..masukkan air sedikit biar berkuah...mendidih..masukkan udang,fishbal dan sedikit garam..dan gula..serta serbuk ikan bilis knorr..rasalah dulu..kemudian masukkan sayuran..lepas tu masukkan mee udon tadi..balik2kan biar kuah berpalut dan sebati semua bolehla diangkat dan dihidangkan dgn hirisan cili dan sedikit asam limau dipicit atas mee...
wahhh..sedap tau..hehehe(puji sendiri)
cubalah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...