Pages

Followers

Thursday, April 19, 2012

Kaswi Pandan Berlapis Gula Merah


Kaswi Pandan Berlapis Gula Merah
http://www.sitidelima.com/2012/04/kuih-kaswi-pandan-berlapis.html

Adunan Pandan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
2 cawan air
1/2 sudu kecil pandan emulco
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil air kapur

Adunan Gula Merah :
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
1/2 cawan gula merah #
1/3 cawan gula pasir #
2 cawan air # - # masak hingga gula larut dan tapis. Sejukkan sebentar.
1 susu kecil air kapur

1/2 biji kelapa parut putih
sedikit garam

Cara-cara :
1. Didihkan air dalam periuk kukusan. Sapu sedikit minyak pada loyang dan alas dengan plastik bersih dan lebihkan sedikit untuk memudahkan kuih dikeluarkan nanti. Panaskan loyang sebentar dalam 5 minit.

2. Satukan semua adunan pandan dalam mangkuk kacau rata dengan whisk atau boleh juga diblend hingga halus kemudian tapis. Buat adunan gula merah juga seperti adunan pandan dan ketepikan dahulu.

3. Tuang adunan pandan dalam loyang 7 inci dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Bila adunan dah masak, cakar sedikit dengan garfu atasnya dan tuang adunan gula merah perlahan-lahan diatas adunan pandan tadi.

4. Balut penutup kukusan dengan kain bersih agar air tidak menitik atas kuih nanti. Dan Kukus lagi selama 15 minit. Bila dah cukup 15 minit buka tutup kukusan dan biarkan adunan dalam 2 minit lagi. Matikan api, angkat dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dengan mengunakan pisau plastik.

5. Kukus sebentar kelapa parut dan gaulkan bersama garam sehingga rata. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama kuih kaswi tadi. Selamat mencuba
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...