Pages

Followers

Friday, April 20, 2012

Kek Choc Moist Lapis Keju Kukus

Iera Hareez 


Kek Choc Moist Lapis Keju Kukus

ADUNAN KEK COKLAT
Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat – saya cuma guna 1/2 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak

Bahan B
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
- guna sudu kecik KFC
* ayak bahan B sebanyak 3 kali

Bahan C
4 biji telur Gred B - blend hgga kembang/ berbuih

Cara2
1. Satukan semua Bahan A dlm periuk. Masak atas api perlahan. Kacau selalu. Masak hgga semua larut & sebati. Bila dh mendidih ckit, bleh la tutup api. Ketepikan & biarkn sejuk
2. Panaskn periuk kukusan
3. Masukkn Bahan B & Bahan C ke dalam Bahan A scara berselang-seli. Kacau sebati setiap kali bahan dimasukkn. Tapiskan adunan jika nampak berketul2. Adunan mmg agak cair
4. Masukkn setengah adunan ke dlam loyang yg telah digris ngn mentega/marjerin & telah dipanaskn terlebih dahulu. Tutup loyang ngn aluminium foil. Klau xde aluminium foil, penutup kukusan kena la balut ngn kain bersih supaya air x menitik atas kek semasa proses mengukus. Kukus selama 15~20minit..sejukkan..buat lapisan cheese plak…

LAPISAN CHEESE

Bahan2 tuk Lapisan Chez (klau nk lapisan cheese tebal, buat 1 1/2 adunan)
250gm cream chez
5 sudu besar gula kastor
25ml air
3 sudu besar + 1 sudu teh tepung gandum
1 biji telur Gred A

Cara
1. Masukkn semua bahan dlm mangkuk kecuali telur & pukul hgga kembang & gebu
2. Masukkn telur & pukul lg hgga sebati. Pukul kejap je..

Cara Melapis
1.Selepas setengah adunan kek coklat masak, Kuarkn loyang dr periuk kukusan & masukkn plak adunan chez,
kukus lg dlam 15 -20min
2. Kuarkn loyang & tuang plak semua aduan kek coklat. Kukus lg dlm 40min @ hgga kek masak.
3. Bila kek dh masak, biar sejuk dulu bru kuarkn dr loyang. Biar btol2 sejuk baru potong..

Bahan2 tuk Choc Topping
200gm coklat masakan gelap maknanya bukan coklat masakan putih - potong kecik2
2 sudu besar serbuk koko - ayak
1/2 cwn susu cair
sedikit butter- dlm 1 sudu besar

Cara
1. Panaskn susu cair. Bila dh panas, masukkn coklat. Kacau hgga coklat cair
2. Masukkn serbuk koko. Kacau sebati hgga x berketul2
3. Masukkn butter & kacau sebati. Masak hgga pekat mana nk. Klau terlebih pekat bleh tambahkn susu cair
4. Sejukkn pada suhu bilik bru tuang atas kek yg dh sejuk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...