Pages

Followers

Monday, April 9, 2012

KEK COKLAT KUKUS ATAM


Salam taaruf. Terima kasih Kak Jie Jie invite saya join the group. Posting sulung resipi yg saya selalu buat KEK COKLAT KUKUS ATAM (entry 2010)
http://srsfeqah.fotopages.com/?entry=1982403

KEK COKLAT KUKUS ATAM

Bahan2
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
5 biji telur
Sedikit mentega

Cara2
1. Ayak tepung, serbuk koko & soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Kisar telur & gula (guna blender je).
3. Masukkan susu pekat, susu cair & minyak jagung. Kisar lagi.
4. Campurkan 1 & 3. Kacau sehingga sebati.
5. Sapukan loyang dengan mentega & tuangkan adunan. Kukus selama 45 minit-1 jam.

TOPPING
1. 1/2 bar coklat masakan
2. 2 senduk susu cair
3. 1 sudu besar mentega
4. chocolate rice

-Cairkan coklat masakan (double boil)
-Masukkan susu cair & mentega, kacau
-Tuang atas kek & tabur chocolate rice

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...