Pages

Followers

Monday, April 9, 2012

KEK LAPIS CHEESSY BUTTERSCOTCH ASAM MANIS

Resepi terbaru akak..


KEK LAPIS CHEESSY BUTTERSCOTCH ASAM MANIS

Bahan:
1 buku butter
1 buku cheesdale-dibelah memanjang dan dipotong nipis jadi 4 segi kecil
1 packet asam manis-4 segi punya
1/2 cawan gula perang ( setakat ni jer ade-habiskan stok)
1 cawan gula kastor
3 keping roti butterscotch( yg ni tk de siapa yg nk makan jd drp membazir elok dibuat sesuatu )+ 1 tin susu cair - diblend hancur
10 biji telur
2 1/2 cawan tepung ( 1 cawan tepung naik sendiri ( habiskan stok) 1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu soda bicarbonate
1 sudu baking powder.
esen vanilla
pewarna yang disukai

Cara:
1. Pukul butter bersama gula hingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur sebiji sebiji. pukul sampai sebati.Masukkan esen vanilla
3. Masukkan campuran roti. Teruskan memukul dan dan masukkan tepung gandum bersama soda. Kaub balikkan.
4. Buat dua adunan. letakkan pewarna yang disukai. akak guna pewarna merah jer. yg satu kekal putih
5. lengser loyang dengan mentega. Sblm tu panaskan oven. Akak terpaksa guna dua oven. Oven yg pertama dah buat perangai tk nk berpusing..jd akak tukar ke oven microwave..huhuhu...
6. Ambil satu senduk atau lebih ( ni kes nk cepat habis ) masukkan ke dalam loyang. Kemudian disusun dengan asam manis sampai penuh.
7. Bakar dalam anggaran 10 minit. angkat dan tekan2kan.
8. Ambil adunan putih satu senduk atau lebih. Tuangkan ke atas lapis pertama. Kemudian susun pulak dengan kepingan cheesdale. Bakar sama dengan lapisan pertama.
9. Buatlah sampai habis. akak dapat dalam anggaran 11 atau 12 lapis. Adunan yang akhir akak curahkan yang merah kemudian akak curahklan yang putih. Lorek2kan sikit diatasnya.

Biasa kek lapis dia berminyak..akak tk berapa gemar. jadi akak kurangkan butter..sepatutnya 2 buku butter untuk 10 biji telur..Resepi dr seorang kawan. Bila kita makan kek ni kita akan tergigit cheesdale yang keras dan asam manis yang lembut. Ada rasa lemak2 masin dan masam manis.

Terus terang akak cakap teksturnya tk lah gebu...tapi sedap lah jgk.
Ikuti resepi yg sebetulnya dan cuba ambil idea dari akak ni..lapiskan dengan cheess dan asam manis. satu lagi kalau ade makanan tu jgn membazir. ciptalah sesuatu..buat eksperimen...SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...