Pages

Followers

Saturday, April 21, 2012

KERUTUK TELUR


saya cuma gunakan telur untuk buat masak kerutuk kali ni.. :)

RESEPI
*saya copy paste & olah dari resepi Daging Masak Kerutuk


Bahan-bahan:
3 sudu besar rempah kerutuk @ 1 peket Rempah Kerutuk Adabi
5 biji telur - direbus/dibuang kulit
½ cawan minyak masak
300ml santan (sy guna santan kotak 250ml)
2 sudu makan – Kerisik (sy guna 1 peket kecil)

Bahan A : 3 biji bawang merah & 4 ulas bawang putih – dikisar (sy tumbuk)

Bahan B : ½ inci halia, ½ inci lengkuas, 3 ulas bawang putih – dikisar (sy tumbuk)

2 batang serai – diketuk
1 sudu besar gula merah @ gula biasa (optional – sy guna gula merah)
1 sudu makan air asam jawa @ boleh guna pes Asam Jawa Xtra Adabi (1 sudu teh)
1 1/2 cawan – Air
Garam & serbuk pati ayam Maggi secukup rasa

CARA :
Bancuh Rempah Kerutuk Adabi dengan Bahan A dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
Kemudian panaskan minyak.
Setelah minyak panas, tumiskan Bahan B bersama serai.
Setelah berbau wangi, masukkan bancuhan rempah dan tumis sehingga pecah minyak.
Tumis selama 10 hingga 15 minit.
Kemudian masukkan kerisik, santan pekat, pes asam jawa, air, gula merah dan garam secukup rasa.
Masak sehingga pekat dan masukkan telur.
Renehkan sebentar.Tutup api.
Sedia untuk dihidangkan dan hias (optional) dengan daun limau purut, hirisan bawang besar dan cili merah.

http://lesungbatuieyda.blogspot.com/2012/04/kerutuk-telur.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...