Pages

Followers

Monday, April 9, 2012

KUIH TEPUNG KAPUR.


Rindu dgn kuih yg areah bonda selalu nuat utk sarapan pagi di kampung iaitu KUIH TEPUNG KAPUR. Cari punya cari akhirnya dapat resepinya, bolehlah cuba. Bahan-bahan ( satu keluarga kecik (4 orang) )
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 kerek manisan atau 1 cawan gula melaka
sesudu kapur makan
garam secukup rasa
kelapa parut
Cara-cara:
masakkan manisan dengan air sampai cair. sejukkan sekejap.
masukkan air manisan tadi kedalam tepung gandum, masukkan sikit - sikit. adunannya taklah cair sangat, tak jugak pekat likat, biasa - biasa je.masukkan sekali kapur makan yang dibancuh ngan sikit air, juga masukkan garam.
tapiskan dalam loyang yang dah digris ngan minyak atau mentega.
kukus dalam masa 30 - 45 minit.
bila dah masak, sejukkan kejap, kemudian potonglah kuih ni ikut suka hati. nak lonjong ke berpetak ke, segienam atau heksagon. potong nipis dan kecik senang nak makan.
kelapa parut gaulkan ngan garam sikit. kemudian gaulkan kuih yang dah dipotong tadi ngan kelapa parut.
dah siap, boleh la makan.
 — with Wan Fauzihah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...