Pages

Followers

Monday, April 9, 2012

MASAK TULANG (BONE STEAK) - cara sy Rohana Sulaiman


‎7/4/2012

MASAK TULANG (BONE STEAK) - cara sy Rohana Sulaiman

Bahan2
3 kg tulang kambing (1 kg - 5 ketul)
(Di salutkan dng tpg gandum, kemudian cuci bersih2)

Masak air di dlm periuk, masukkan tulang2 tadi bersama2 dng bahan2 ini:
1 sdt lada hitam
1 labu bawang puteh
1" halia
4 biji bwg besar
3 btg serai titek
3" kayu manis
5 helai daun pandan di ikat
2 sdm air limau nipis
Garam
1/2 sdt jintan halus*
5 biji bunga cengkih*
5 biji buah pelaga*
(bahan2 yg bertanda ini sabaik2nya di bungkus dlm kain supaya mudah di buang nnti)

Rebus kesemua bahan diatas berserta dng tulang tadi hingga empuk (sy guna pressure cooker utk merebus-40minit. Kalau kaedah lain mengambil masa 1 jam lebih)

Apabila sudah empuk, keluarkan tulang2 tadi dan di ketepikan dulu.

Tapis air rebusan tadi, buangkan rempah yg di bungkus, serai, daun pandan dan kayu manis.

Ketepikan air rebusan ini (tak perlu guna semua.. boleh di gunakan utk buat kuah MEE KARI)

Bahan2 lain yg di rebus tadi saperti bawang besar, lada hitam, bawang puteh dan halia di kisar halus berserta dng 1 biji bwg besar dan 5 btg cili kering (kalau nak pedas lebihkan.. ikut cita rasa)

Panaskan minyak.
Tumis bahan2 yg di kisar hingga naik bau, kemudian masukkan
3-4 sdm tomato puree
6-7 keping biskut lemak yg di kisar
2 sdt kicap manis
garam
gula sacukup rasa
kemudian masukkan tulang2 yg sudah di rebus, gaul rata dan biarkan sakejap.

Matikan api siap utk di hidang bersama dng roti perancis.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...