Pages

Followers

Thursday, April 19, 2012

MUFIN KAPUCINO WALNUT


Mufin Kapucino Walnut
http://rohaisha.blogspot.com/2012/04/mufin-kapucino-walnut.html
MUFIN KAPUCINO WALNUT
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum* |ayak
1 sudu kecil baking powder* | ayak
½ sudu kecil soda bikarbonat* |ayak
½ sudu kecil garam* | ayak (* ayak bersama)
½ cawan gula halus
50 gm walnut | dipanggang/sebahagiannya utk taburan
1 biji telur
1 cawan yogurt cappuccino/plain (saiz cup yogurt@135gm)
½ cawan minyak masak/jagung
½ cawan susu segar
3 sudu kecil paste cappucino
½ cawan coklat chip

Taburan:
Walnut
Coklat chip

Cara menyediakan:
1.Bahan kering (A):satukan bahan-bahan ayak seperti tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam bersama gula, kacang walnut dan coklat chip.Gaul rata.
2.Bahan basah (B):Dalam bekas yang lain, satukan telur, yogurt, minyak masak, susu segar dan paste cappuccino.Kacau rata.
3.Campurkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit sambil digaul rata.Gaul sekadarnya dan tidak perlu terlalu lama.
4.Masukkan adunan ke dalam mangkuk muffin dengan sukatan ¾ dari saiz cup muffin.Taburkan sebahagian kacang walnut tadi dan sedikit coklat chip di permukaan muffin.
5.Panaskan suhu oven sebanyak 180 darjah celcius selama 10 minit.Kemudian bakar muffin selama 20-25 minit atau sehingga masak.
 — with Kak Jie Jie 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...