Pages

Followers

Wednesday, April 4, 2012

NASI BARYANI RINGKAS


Hari ni masak simple Baryani dengan ayam masak merah, mayosalsa salad, salad dan ayam goreng. Bismillah

    • Muhamad Khair Hasan Ini resepi Nasi Baryani Ringkas

      Bahan-bahan

      4 cawan beras Basmathi
      5 sudu paste baryani (campuran rempah baryani dan cili kering kisar, bawang besar, bawang putih dan halia yang diadun dahulu atas dapur)
      1 ulas bawang besar dipotong bulat
      Rempah tumis 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga)
      Minyak sapi
      ½ biji tomato (optional)
      1 batang cili merah (optional)
      ½ tin susu cair
      1 sudu besar pewarna kuning
      Garam
      Gula
      Daun pudina (optional)
      Daun pandan
      Air sama kuantiti dengan beras

      Langkah-langkah

      1. Rendam beras selama lebih kurang 10 minit.
      2. Panaskan periuk beserta minyak sapi. Tumiskan rempah 4 serangkai. Masukkan daun pandan, daun pudina dan bawang besar.
      3. Ramas tomato serta patahkan cili merah dan masukkan kedalam periuk. Masukkan paste baryani yang telah disediakan. Kacau sehingga naik bau.
      4. Setelah campuran sekata masukkan air mengikut sukatan beras.
      5. Setelah mendidih masukan garam dan gula secukup rasa. Masukkan susu cair dan kacau.

      6. Masukkan beras yang telah ditoskan dan kacau seketika,
      7. Tutup periuk dan tunggu sehingga kering dan masak. Kacau perlahan-lahan agar beras tidak patah.
      8. Asingkan sedikit dan digaul dengan pewarna kuning telur dan taburkan bersama nasi yang telah masak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...