Pages

Followers

Friday, April 20, 2012

Nasi Lemak Ceria


Nasi Lemak Ceria,resepi asal nasi lemak tumis.
http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/04/nasi-lemak-ceria.html
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. masukkan air n santan, kacau hingga pecah minyak.
bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n garam.
pastu masak seperti nasi lemak biasa..
hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur n ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.

Sambal Nasi Lemak
Resepi; Oh Malaysia
Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang

12 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu besar cili kisar - letak 5 sb saje
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara

Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Biarkan seketika.
Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...