Pages

Followers

Wednesday, April 4, 2012

NASI MANDY AYAM


Semalam lunch saya off memasak. Hubby belikan Nasi Arab berlaukkan ayam & daging bakar dari sebuah kedai makan di Taman Seri Rampai. Ada sup & sos lada + daun pudina yg di blend. Beras yang digunakan macam beras untuk buat nasi beriani. Sedap nasi Arab ini. Ada sesiapa tahu resepi Nasi Arab ini? Harap dapat kongsikan cara memasaknya. Terima kasih.


    • Al-Hurul Ain NASI MANDY AYAM
      (Sumber : Majalah SAJI)

      Bahan A

      4 cawan beras Basmathi
      1/2 cawan minyak zaitun (saya tukar dengan minyak masak biasa)
      2 labu bawang besar - potong dadu
      5 ulas bawang putih di mayang
      1/2 cm kulit kayu manis
      1 kuntum bunga lawang
      2 biji buah pelaga
      5 tangkai bunga cengkih
      1 helai daun salam - xde, saya tak bubuh
      3 helai daun pandan - optiinal
      1 ketul arang - dibakar hingga jd bara

      BAHAN B

      1 ekor ayam di potong 4
      1/2 cm halia
      1 sudu teh serbuk ketumbar
      1 sudu teh serbuk jintan manis
      1 sudu teh serbuk jintan putih
      1 sudu teh serbuk kunyit
      1 sudu teh serbuk lada hitam
      1 helai daun salam - saya tak letak
      1 sudu makan minyak masak
      1 liter air (agak2 ayam tu tenggelam)
      Garam dan gula secukup rasa

      CARA2

      Kesemua bahan2 B didiihkan di dalam peroiuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam2 ini dengan minyak. Manakala air rebusannya di simpan utk memasak nasi . Ketepikan.

      Panaskan minyak zaitun @ minyak masak dan tumiskan semua bahan2 tumisan bersama 3 helai daun pandan utk nasi sehingga naik bau.

      Curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi. Didihkan seketika dan masukkan beras. Masak nasi sehingga kering.

      Kemudian susunkan ayam di atas nasi dan buatkan lubang ditengah2 nasi. Letakkan cawan tahan panas di tengah2 nasi.

      Masukkan arang yg telah menjadi bara ke dalam cawan tersebut dan tuangkan sedikit minyak zaitun. Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan periuk nasi. Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak.

      Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.

      SALSA

      Bahan2
      4 biji buah tomato - potong dadu
      1 batang timun dibuang biji - potong dadu
      1 labu bawang besar - potong dadu
      2 tangkai cili merah - dimayang halus
      2 tangkai cili hijau - dimayang halus
      5 tangkai cili padi - dimayang halus
      1 biji lemon diperah ambil jusnya
      1 sudu makan minyak zaitun
      Garam
      Gula

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...