Pages

Followers

Wednesday, April 11, 2012

NESTUM RAINBOW CAKE (KEK PELANGI NESTUM)


NESTUM RAINBOW CAKE (KEK PELANGI NESTUM)
TESTED BY : Naz @http://ovenkecil.blogspot.com/2012/04/nestum-rainbow-cake-kek-pelangi-nestum.html
RECIPE BY :(https://www2.nestle.com.my/nestlemycs/nestum_recipes/NESTUM.htm)

Bahan-bahan :
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk badam
1 1/2 cawan NESTUM Original (Naz kisar jadi halus)
250 gm mentega atau marjerin (Naz guna mentega/butter)
150 gm gula kastor
3 biji telur
200 gm susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 jenis pewarna makanan (Naz guna 4 pewarna..hehehe)


Cara Menyediakan :
Ayak tepung. Masukkan serbuk badam dan NESTUM. Ketepikan.
Dalam mangkuk pengadun, krim mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul rata.
Masukkan bahan kering dan kaup balik menggunakan spatula. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian dan warnakan dengan warna yang berbeza.
Panaskan kukusan. Lengser loyang dengan minyak masak atau majerin dan alas dengan kertas kalis minyak.
Sendukkan 1/2 adunan dengan warna pertama dan ratakan. Kukus 10 minit.
Senduk pula 1/2 adunan dengan warna ke 2 dan ratakan. Kukus 5 minit. Buat begini berselang seli warna adunan dan kukus pada setiap lapisan selama 5 minit. Buat sehingga semua adunan digunakan.
Untuk lapisan terakhir, kukus kek selama 15 minit.
Setelah siap dikukus, biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dan dipotong.
Kalau rajin, buatlah banyak-banyak lapisan. Mesti cantik kek ni. Naz kukus sekali gus jer untuk setiap warna tu. Jadi setiap warna ada satu lapisan jer. Ni kes nak cepat siap..huhuhuhuu.. Next time ler buat banyak-banyak lapisan..hehehe..itupun kalau rajin..hahahaha...

Dari segi rasa, kek ni rsanya lebih kurang macam kek lapis asam kukus yang popular tu. Cuma pada tekak dan lidah Naz, kek ini macam terlebih rasa butternya. Mungkin boleh dikurangkan kuantiti butternya next time atau boleh ditambah sedikit lagi kuantiti tepung dan juga nestumnya. Apa-apa pun, ikut tekak masing-masinglah yer...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...