Pages

Followers

Wednesday, April 4, 2012

PASTRI SARDIN ROLL

Muhamad Khair Hasan 
Ini resepi Pastri Sardin Roll

Bahan-bahan

Pastri
200 gm tepung
100 gm mentega sejuk
2 sudu kecil gula

Inti
1 tin besar sardin (425 gm)
2 bawang besar – dicincang
3 ulas bawang putih – dicincang
5 cili – dihiris
Garam
1 sudu kecil jus lemon
Minyak zaitun

Langkah-langkah

Penyediaan pastry
1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk.
2. Potong mentega sejuk saiz 1 cm dan masukkan ke dalam tepung.
3. Ramas tepung dengan mentega sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Tambah air sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan.

Penyediaan inti
1. Tuangkan minyak zaitun ke dalam kuali dan panaskan. Tumisbawang besar, bawang putih dan cili.
2. Sebaik sahaja aroma wangi keluar, letakkan sardin yang dihancurkan dan masukkan jus lemon.
3. Sedia untuk digunakan sebagai inti.

Penyediaan Sardin Roll
1. Canai nipis pastry atas papan canai. Potong segi empat.
2. Masukkan sedikit inti sardin dan gulung.
3. Susunkan di atas dulang pembakar dan sapu kuning telur.
4. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius sehingga kuning keemasan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...