Pages

Followers

Thursday, April 19, 2012

Pau Kastard Inti Kelapa


Resepi eksperimen secara kebetulan.. alhamdulillah menjadi.. gebu & sedap...

Pau Kastard Inti Kelapa
Adaptadi dari : Pau Pulut Hitam Majalah Sedap - Rahel
Sumber : Majalah Sedap

Bahan:
230g tepung pau (MaDiHaA guna tepong gandum aje)
50g tepung kastard
2 sudu teh yis segera (mauripan)
15g susu tepung
50g gula kastor
1 putih telur
115ml air
20g shortening

Bahan Inti Kelapa Manis
Resepi MaDiHaA a.k.a Ratna

1/2 cawan air
1/2 cawan gula merah (lebihkan jika suka lebih manis)
1/2 biji kelapa parut yg sedikit muda (diparut putih)
1 helai daun pandan disiat2
1 1/2 sudu besar tepong pulut

Cara2 sediakan inti :

1. Masak air bersama gula merah hingga ia larut. Tapiskan ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana.
2. Masukkan kelapa parut, daun pandan dan masak hingga inti agak kering. Taburkan sesudu tepong pulut dan kacau rata. Ulangi lagi sehingga habis tepong pulut tadi dan kacau rata sehingga kering. Tujuan masukkan tepong pulut ialah untuk dapatkan inti yang kental & melekit2 sikit. Selain sedap dimakan.. inti juga mudah dikendalikan semasa nak digunakan kerana ia tak mudah berderai.


Cara2 sediakan doh :
1.Campur tepung pau, tepung kastard, yis, susu tepong dan gula kastor. Gaul rata.
Tambahkan putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati.
Tambahkan shortening. Uli sehingga elastik. Perapkan selama 30 minit (tutup doh).
2.Kempiskan adunan. Timbang masing-masing 30g. Bulatkan. Diamkan selama 10 minit.
Canai nipis. Isikan inti anggaran 2 sudu kecil. Bentukkan bulat & leperkan sedikit & letak atas kertas atau daun pisang yang dipotong bulat.
3. Perapkan lagi selama 30 minit sementara itu panaskan kukusan.
4. Kukus selama 8 minit.

Untuk melihat byk lagi gambar2 pau kastard.. boleh klik link di bawah ye.. TQ!

http://mamawandiha.blogspot.com/2012/04/pau-kastard-inti-kelapa.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...